Paling Popular
Terkini

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak pernah berkata dia ingin menjadi perdana menteri, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya.

Pandangan itu, kata Dr Afif Bahardin, sebenarnya datang dari orang awam dan pengalisis politik.

“Pandangan sebegitu mewujudkan rasa tidak selama di kalangan pemimpin parti, yang memainkan isu ini yang sentiasa berharap hubungan baik Azmin dan Presiden parti Anwar Ibrahim hancur,” kata Afif.

Kumpulan itu, kata bekas ketua pemuda PKR itu lupa bahawa PKR kukuh kerana gandingan Anwar dan Azmin.

“Anwar kuat kerana beliau mendapat kesetiaan Azmin selama ini, tetapi ada pihak yang mahu mencapai agenda sendiri dengan mempergunakan Anwar,” kata Afif yang juga exco Pulau Pinang.

Azmin dan Anwar

Hubungan antara kem Anwar dan Azmin kini menjadi perhatian awam, selepas Azmin didakwa terlibat dalam hubungan seks sejenis dengan seorang pemimpin pemuda akar umbi PKR.

Polis menahan beberapa pihak dalam siasatan itu, termasuk setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Azmin menafikan beliau sebagai pelaku dalam video itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS