Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Hati-hati dengan perangkap konspirator’
Diterbitkan:  Aug 5, 2019 4:12 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran kepada rakyat negara ini agar tidak terjerumus dengan perangkap yang dipasang oleh para "konspirator" yang berusaha gigih untuk menyaksikan percakaran bangsa melawan bangsa dan agama terhadap agama.

Menurut Lim, objektif komplot itu adalah untuk menimbulkan kecurigaan, ketidakpercayaan dan kebencian untuk mendapatkan semula kuasa politik.

Beliau mendakwa bahawa pengkomplot itu bekerja keras bagi memastikan konsep kerjasama rakyat berbilang bangsa, berbilang bahasa, berbilang budaya dan berbilang agama gagal.

Lim mengulas artikel akhbar yang sedang beredar, memetiknya sebagai berkata "belajar Jawi untuk menjadi lebih rakyat Malaysia."

 

"Mungkin persoalan timbul adakah mereka yang mempelajari tulisan Jawi akan mengkhianati kaum, bahasa dan budaya Cina? Bagi saya jawapannya ialah negatif (tidak berlaku).

"Semasa saya kali pertama ditahan di bawah ISA pada tahun 1969, saya mengajar diri saya tentang tulisan Jawi sewaktu dalam tahanan.

"Ia tidak membuatkan saya kurang Cina, dan mungkin telah membantu menjadikan saya lebih rakyat Malaysia," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS