Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP PAS tegur Kula 'tak ada segan silu' sanggah PM
Diterbitkan:  Aug 14, 2019 1:23 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Anggota Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menyelar kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran yang menggesa tindakan diambil terhadap pendakwah kontroversi, Zakir Naik.

“Ia jelas adalah pandangan peribadi kerana kenyataan itu dikeluarkan bukan atas kapasitinya atau tanggungjawabnya sebagai menteri sumber manusia.

“Kulasegaran tidak wajar menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengeluarkan kenyataan politik bagi memenangi undi bangsa India,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, Ahmad Amzad turut meminta agar Kulasegaran meletakkan jawatan daripada berterusan menentang keputusan kerajaan.

“Sekiranya Kulasegaran dan barisan menteri DAP yang lain ada harga diri, sila letak jawatan daripada berterusan menentang kabinet,” katanya.

Semalam, menteri tersebut meminta agar tindakan diambil terhadap Zakir kerana mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia beragama Hindu di negara ini dan menggesa isu itu dibawa ke kabinet.

M Kulasegaran 

Beliau berkata demikian susulan kenyataan terbaru Zakir mendakwa masyarakat beragama Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi daripada Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Zakir hari ini berkata kenyataan mengenai penganut Hindu di negara ini diambil di luar konteks.

Sementara itu, Ahmad Amzad mendakwa tindakan menteri itu yang cepat membuat kenyataan sebelum isu itu dibincangkan oleh kabinet hanya memalukan dirinya dan melemahkan imej kerajaan.

“Perdana menteri sendiri sudah beberapa kali menegaskan bahawa Zakir tidak akan dihantar pulang ke India sebelum ini.

“Kulasegaran pula tanpa segan silu bersuara menyanggah keputusan perdana menteri dalam keadaan isu itu masih belum dipertimbangkan semula oleh jemaah menteri,” katanya.

Zakir Naik ketika acara jelajah Kelantan

Lihat Komen
ADS