Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Himpunan anti-Lynas tak langgar undang-undang - Penganjur

Penganjur himpunan anti-Lynas menafikan melanggar undang-undang dengan mengadakan bantahan di Taman Gelora, Kuantan hari ini.

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet berkata tiga minggu sebelum perhimpunan berlangsung, pihaknya telah memohon kebenaran daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

"Tidak ada sebab bagi MPK untuk memberi kami menunggu lama tanpa sebarang respons.

“Selain itu, tiada pihak lain yang menggunakan pentas (di tempat perhimpunan),” katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Bagaimanapun, kata Tan, majlis perbandaran itu tidak merujuk kembali kepada SMSL berkenaan status permohonan pihak penganjur himpunan.

Peserta perhimpunan, katanya tidak melanggar mana-mana undang-undang dengan memegang plakad yang memaparkan imej pemimpin negara.

Jelas Tan (gambar, bawah), imej pemimpin PH yang dipaparkan menerusi karikatur dan plakad, itu hanyalah sindiran sahaja dan bukan jenayah fitnah sebagaimana yang didakwa pihak polis.

"Kami tidak memfitnah mereka tetapi kami mengejek mereka disebabkan keputusan pusingan U yang dibuat.

“Mereka mesti mempunyai masalah kognitif jika tidak dapat membezakan antara memfitnah dan mengejek.

"Jika mana-mana anggota parlimen mengatakan kami memfitnah mereka, maka mereka memang sengaja membesar-besarkan isu," katanya.

Tan mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali yang berkata pihak polis akan menyiasat perhimpunan tersebut kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mohamad Noor difahamkan pemilik taman rekreasi, Taman Gelora masih belum meluluskan perhimpunan itu.

"Perhimpunan ini tidak menepati peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012. Saya hairan mengapa mereka masih meneruskan perhimpunan sedangkan semua keperluan yang diperlukan telah diterangkan dengan jelas.

"Kita akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang selepas merujuk kepada pucuk pimpinan polis negeri," kata Mohamad Noor seperti dipetik Bernama hari ini.

Jelasnya lagi, pihak penganjur hanya menenuhi syarat memberikan notis kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan

Pada perhimpunan pagi tadi, selain sepanduk anti-Lynas, peserta bantahan juga membawa poster gambar pemimpin negara yang didakwa gagal menunaikan janji manifesto PRU14 untuk menutup Lynas.

Sementara itu, Mohamad Noor dipetik China Press berkata pihak polis sedang meneliti unsur fitnah kerana imej pemimpin negara digunakan dalam himpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS