Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri elak soalan tentang kaum, tanya wartawan tahu perlembagaan atau tak
Diterbitkan:  Aug 26, 2019 9:49 PM
Dikemaskini: 3:01 PM

Seperti kebanyakan ahli politik, Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof nampaknya telah meningkatkan kemahiran untuk mengelak daripada menjawab soalan.

Bagaimanapun kemahiran itu nampaknya disertakan kecenderungan perkauman, sekurang-kurangnya seperti apa yang dapat dilihat menerusi satu hantaran Facebooknya pada 19 Ogos lalu.

Dalam satu acara pada hari tersebut, seorang wartawan meminta Redzuan mengulas lebih lanjut berkenaan dakwaannya sebelum ini bahawa orang Melayu terlalu berkompromi mengikut kehendak rasis.

"Melayu di Malaysia sangat akomodatif. Pelbagai bangsa kena belajar perlembagaan. Apa perlembagaan kita?

"Saya nak tanya saudari, apa perlembagaan kita, apa Rukun Negara kita? Tahu tak?" jawabnya.

Wartawan itu kemudian berkata "tahu" sebanyak tiga kali bagaimanapun Redzuan serta-merta berpaling dan berkata "hah tak tahu".

Perbualan itu dirakam dan disiarkan oleh portal Malaysia Gazette.

Video klip itu turut dikongsi di laman Facebook Redzuan, menggunakan tajuk sama yang menyebut kaum wartawan tersebut.

Tajuk itu berbunyi - TERKINI : "Menteri Terkejut" Ada Wartawan Bangsa Cina Tak Tahu Perlembagaan Malaysia.

Setakat ini, video itu mendapat kira-kira 153,000 tontonan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS