Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Boikot barang bukan bumiputera tak berkesan, hanya cetus kemarahan'

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa pihak yang menggerakkan kempen boikot barangan bukan bumiputera agar menghentikannya.

Beliau berkata gerakan seperti itu tidak berkesan dan hanya akan mencetuskan kemarahan orang lain.

"Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini. Tetapi tak berkesan. Boikot itu senjata yang tak berkesan, tak guna buat (perkara) itu.

"(Ia) cuma timbul kemarahan. Jangan boikot barang sesiapa pun, bumiputera atau bukan bumiputera," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kempen di media sosial yang menggesa orang Melayu untuk memboikot barangan yang dikeluarkan bukan bumiputera.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS