Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) - yang dianggotai penyokong parti daripada kalangan bukan Islam - menyambut baik kempen digerakkan sesetengah pihak ketika ini, iaitu mengutamakan barangan Muslim.

Malah menurut Setiausaha DHPP, S Barathidasan, tidak menjadi masalah kepada rakyat bukan Muslim untuk menyokong kempen Muslim kerana ia pastinya banyak membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di luar bandar dan menjadikannya lebih berdaya saing.

Di samping itu, katanya, ia memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan belia yang kini ramai tidak ada pekerjaan.

"Bagi DHPP kempen beli produk Muslim dulu adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif.

"Begitu juga kepada golongan bukan Muslim, mereka membantu menguatkan ekonomi sesama mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Baca Melihat kempen boikot perniagaan bukan Muslim


Barathidasan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian DHPP selepas pimpinan PAS menggesa supaya kempen mengutamakan barangan Muslim diperkasakan.

Sementara itu, beliau menegaskan, DHPP percaya kempen itu amat baik bagi membantu ekonomi masyarakat Muslim.

"Dalam erti kata lain, berusaha pelbagai cara untuk menguatkan ekonomi sesama Muslim.

"Ini satu program yang murni membantu IKS menjana ekonomi dari segi pendapata," katanya.

Lihat Komen
ADS