Paling Popular
Terkini

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menasihatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak supaya berjumpa dengan polis berhubung dakwaan dia terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

"Ya, dia sepatutnya (jumpa dengan polis) sekalipun jika dia menarik semula laporan polis yang dibuatnya," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya ketika ditanya mengenai perkara itu.

"Dia mesti berjumpa dengan polis dan telah dinasihatkan (berbuat demikian)," katanya.

Polis menamakan Farhash (foto, atas) sebagai suspek utama dalam kes rusuhan itu di mana seorang lelaki mendakwa diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi.

Kejadian itu menyebabkan pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan.

Semalam, polis berkata Farhash gagal dikesan dan menggesa beliau untuk tampil ke hadapan untuk memudahkan siasatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS