BERITA Malaysiakini

Nga ingatkan musuh tentang api neraka, laknat tuhan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Dituduh sebagai pemimpin memainkan sentimen perkauman dan memaki bangsa Melayu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, mempunyai cara sendiri untuk bertindak balas.

Selain membuat aduan polis, Nga juga berkata orang yang memfitnahnya dengan dakwaan tersebut bakal dibakar api neraka serta dilaknat tuhan.

“Mereka yang buat dan sebar fitnah bakal (disambar) api neraka dan dilaknati oleh Tuhan," ciapnya di Twitter awal petang ini.

Kenyataan Nga itu dibuat sebagai reaksinya kepada sekeping gambar memaparkan wajahnya dan dikaitkan dengan ceramah PH di Kampung Simee, Ipoh.

Melalui poster tersebut timbalan speaker Dewan Rakyat itu kononnya didakwa mencarut dengan kata-kata "Melayu P*****k".

"Ini adalah sikap rasis pemimpin DAP, mereka telah menanam kebencian yang menyebabkan kaum Cina benci kepada Islam dan Melayu," kata tulisan yan ada pada poster tersebut.

Kata Nga, fitnah dan "dusta" tersebut dilakukan oleh kumpulan "keji". Bagaimanapun anggota parlimen Taiping itu tidak menamakan secara khusus pihak yang dirujuknya itu.

Pada Nov 2017 Pemuda Umno dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) memfailkan laporan polis ke atas Nga kerana didakwa menggunakan kata-kata kesan dan rasis semasa berceramah di Kampung Simee.

Bagaimanapun Nga menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya beliau mendakwa rakaman video yang menunjukkan ucapan dalam ceramah berkenaan disunting.

Nga kemudian membuat laporan balas kepada polis berhubung isu berkenaan.

Sebaran gambar Nga itu muncul selepas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, membangkitkan isu penggunaan berita bohong dan ucapan kebencian oleh musuh PH terhadap parti kerajaan.

[Baca berita penuh]