Kematian tahanan polis: Amaran IGP sia-sia sahaja, kata Suaram
Terjemahan Sebuah badan hak asasi manusia menyifatkan gesaan dan amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri kepada ketua balai polis (OCS) supaya menghasilkan siasatan yang lebih baik dan cepat mengenai kes kematian dalam tahanan polis, atau menghadapi tindakan disiplin adalah tidak releven dan sia-sia sahaja.
Terjemahan Sebuah badan hak asasi manusia menyifatkan gesaan dan amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri kepada ketua balai polis (OCS) supaya menghasilkan siasatan yang lebih baik dan cepat mengenai kes kematian dalam tahanan polis, atau menghadapi tindakan disiplin adalah tidak releven dan sia-sia sahaja.
Penyelaras Suaram, S Arutchelvan (foto), tidak siapapun yang akan beriya-iya untuk menghasilkan laporan yang menunjukkan mereka dan dan rakan setugas mereka sendiri, bersalah.
Oleh itu, katanya, adalah tidak relevan bagi Bakri mendesak mereka berbuat demikian dan memberi amaran tindakan disiplin akan diambil jika gagal menyiap dan mengemukakan Laporan Kematian Tiba-tiba (SDR) tahanan polis.
Arutchelvan menegas demikian sebagai mengulas ucapan Bakri di seminar pegawai kanan polis di Cheras Isnin lalu di mana beliau menegur mereka yang lewat mengemukakan SDR dan kes-kes membabitkan perbuatan membakar dengan sengaja.
Kes Anwar
Katanya, OCS bertanggungjawab menjaga lokap polis, dan mereka tidak boleh diharapkan bersikap adil dan menjalankan segera siasatan dan melaporkan mengenai kematian yang berlaku di balai dalam jagaan mereka sendiri.
Kematian dalam tahanan, tegasnya, pada umumnya adalah berpunca daripada kesilapan polis "sama ada kerana cuai atau kerana mereka sendiri terbabit, dan kerana itu "wujud kecenderungan untuk menutup kes terbabit".
"Di bawah KPJ (Kanun Prosedur Jenayah), pihak polis mesti menyiasat dan mengemukakan laporan kepada majistret. Laporan apakah yang akan dikemukakan oleh pihak polis," soalnya.
Merujuk kepada kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang dibelasah oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Nor, Arutchelvan bertanya, mana ada pegawai polis yang bersedia menulis laporan yang membabitkan, pegawai atasan mereka.
"Merujuk kepada kes Anwar dipukul, walaupun beliau tidak mati, bagaimana pihak polis hendak membuat laporan apabila KPN sendiri yang terbabit?," katanya.
Menurut Arutchelvan, ini menunjukkan perlunya diwujudkan Suruhanjaya Bebas Mengenai Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagai badan pengawasan yang boleh membuat perakuan untuk mengurangkan salahlaku polis.
Katanya, pendirian KPN menolak IPCMC adalah bertentangan dengan kenyataan terbukanya mengenai perlunya menambahbaik pasukan polis.
Siasatan tidak sempurna
Manakala Pengerusi Majlis Peguam, Yeo Yang Poh pula berkata, anggota polis jarang boleh diharapkan untuk menyiasat secara adil, kes-kes yang membabitkan rakan setugas mereka.
Oleh itu, katanya, IPCMC perlu ditubuhkan segar.
Yeo juga bersetuju perlunya pegawai kanan polis dan pegawai penyiasat menjalankan siasatan mereka dengan sempurna dan mengemulakan bukti-bukti yang kukuh kepada pihak pendakwaraya.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai berkata, pihak pendakwaraya tidak akan meneruskan pendakwaan tanpa bukti-bukti yang kukuh.
Bagaimanapun, Yeo tidak bersetuju dengan kenyataan seorang pegawai yang tidak disebut namanya dalam sebuah laporan Bernama, bahawa timbalan pendakwaraya (DPP) juga patut dipersalahkan kerana menerima kertas siasatan yang tidak lengkap.
"DPP boleh dan sering memulangkan kertas siasatan dan berkata 'kami perlukan lebih banyak bukti untuk kes ini," kata Yeo ketika dihubungi.
"Saya tidak mengatakan yang kesalahan itu terletak pada satu pihak sahaja, tetapi siasatan, pada umumnya, adalah tugas polis.
"Pada masa lalu, polis amat lambat menjalankan siasatan. Dalam kes-kes tertentu, di mana siasatan yang sepatutnya dapat disiapkan dalam masa dua minggu, telah mengambil masa berbulan-bulan, malah setahun, untuk menyiapkan SDR," tambahnya.
Sabtu lalu, dilaporkan walaupun 80 orang mati dalam tahanan polis dari bulan Januari 2000 hingga Disember 2004, tetapi hanya enam inkuis sahaja yang dijalankan sepanjang tempoh berkenaan. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.