Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kongres Maruah Melayu: Tiada jemputan khusus pada pemimpin politik
Diterbitkan:  Oct 4, 2019 9:33 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Kongres Maruah Melayu memang tidak membuat undangan secara khusus kepada mana-mana pemimpin parti politik, kata ketua eksekutif sekretariat program itu Prof Zainal Kling.

“Kita tak buat secara khusus tetapi buat secara terbuka. Kita undang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan amanatnya," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Justeru, katanya lagi, mana-mana ahli politik termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim boleh menghadiri kongres itu.

Semalam Anwar berkata beliau tidak menerima jemputan daripada penganjur kongres itu yang akan diadakan pada 6 Oktober ini.

Mengenai kongres itu pula, Anwar berkata tidak salah jika ia untuk mengadakan perbincangan dan walau apa pun tujuannya, jangan sehingga "panaskan suhu politik dan ketegangan kaum".

Kongres itu akan dirasmikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga akan menyampaikan 'amanat'.

Selasa lalu, PAS mengesahkan bahawa Presidennya Abdul Hadi Awang akan menghadiri kongres itu.

Sementara Umno telah mengesahkan bahawa setiausaha agungnya Annuar Musa dan tiga ahli majlis tertinggi juga akan hadir.

Lihat Komen
ADS