Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengganas yang kekal di negara mereka lebih berbahaya daripada mereka yang ke Syria untuk menyertai Daesh, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob berkata demikian ketika ditanya bagaimana polis memantau 40 rakyat Malaysia yang memohon untuk pulang ke Malaysia, selepas ditahan kerana disyakit terlibat dalam kegiatan pengganas di Syria.

Beliau membangkitkan serangan pengganas di Indonesia dan Filipina, serta penahanan 16 anggota sel Daesh yang merancang untuk melancarkan serangan di Malaysia dan Indonesia.

Mereka ditahan di Keningau, Sabah pada bulan lalu.

Beliau berkata, pengganas yang ingin menyertai "jihad" di Syria tetapi gagal ke sana memilih untuk membuat perancangan di rantau ini.

"Jadi yang tak dapat pergi Syria lagi bahaya daripada yang pergi ke Syria, bukan?"

Katanya lagi, polis ada kemampuan untuk memantau 40 rakyat Malaysia yang kini ditahan di negara itu, apabila mereka pulang nanti.

"Alhamdulillah (polis) ada kemampuan untuk memantau mereka. Kita ada banyak program untuk mereka," katanya.

Mengakui program tersebut tidak sempurna, beliau berkata polis telah berjaya memulihkan 97 peratu daropada 289 orang suspek Jemaah Ismaliyah (JI) yang ditahan sejak 2001 hingga 2012.

Mengulas lanjut, beliau berkata keluarga rakyat Malaysia yang ditahan di Syria telah menghubungi polis bagi menyuarakan hasrat untuk membawa anggota keluarga mereka pulang.

"Sama ada mereka akan dibawa pulang, itu bukan keputusan PDRM. Kerajaan akan buat keputusan ini (dengan) libatkan banyak agensi.

"Bukan kita nak bawa pulan 40 orang ini, belum lagi."

Menurutnya, setakat Oktober 2018, hanya seorang wanita dan kanak-kanak yang dibawa pulang.

Katanya, sebelas daripada 40 orang tersebut dijangka akan didakwa apabila pulang nanti, sementara keputusan untuk mendakwa kalangan perempuan akan bergantung kepada tahap penglibatan mereka di Syria.

Kanak-kanak pula akan menjalani kaunseling, katanya.

"Walau apa pun kesalahan yang dilakukan, mereka masih lagi rakyat Malaysia. Tanggungjawab kerajaan untuk membantu mereka," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS