Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Lihat daya maju Bandar Malaysia, bukan hutang 1MDB
Diterbitkan:  Oct 15, 2019 7:50 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

PARLIMEN | Najib Razak hari ini menyelar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana memberi penekanan kepada pembayaran semula hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) berbanding aset yang dimiliki syarikat pelaburan terpalit skandal itu.

Berucap membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini bekas perdana menteri itu berkata Lim membangkitkan angka RM2.7 bilion untuk membayar hutang 1MDB dan SRC pada tahun ini.

Tetapi dalam ucapan yang sama pula, kata anggota parlimen Pekan itu, Lim mengesahkan bahawa projek Bandar Malaysia milik 1MDB diteruskan, cuma perolehan projek itu hanya akan diumum kelak.

"Kenapa tak sebut kerajaan PH menjual sebahagian daripada projek ini untuk harga RM7.41 bilion pada April lalu?

"Kos hutang, Bagan (Lim) nak umum, tapi hasil perolehan dan hasil pembangunan daripada 1MDB dia tak mahu sebut pula," katanya.

Menurut Najib lagi, Lim juga "malu" untuk menyebutkan mengenai faedah yang diperolehi daripada pembangunan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).

"Fakta bahawa nilai pembangunan projek Bandar Malaysia sebanyak RM140 bilion dan TRX RM40 bilion - yang Bagan sendiri pernah sebut adalah antara aset paling baik dalam negara - dia malu nak sebut pula.

"Selepas itu, dia pula mengeluarkan angka RM150 bilion yang kononnya BN telah curi," katanya lagi.

Jadi pentas politik

Bagaimanapun dalam ucapannya itu Najib tidak menyebut mengenai hutang ditanggung 1MDB - sebanyak kira-kira RM32 bilion - yang memerlukan masa bertahun0tahun untuk dijelaskan, selain mengenai "aset" dimiliki SRC ketika ini.

Untuk rekod Najib kini dibicarakan berhubung tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB dan SRC.

Najib juga membangkitkan isu mengenai Wawasan 2020 yang didakwa Lim tersasar selepas Malaysia menjadi negara kleptokrasi kesan penyelewengan dana kerajaan bernilai RM150 bilion.

 

"Apakah yang ada dalam angka RM150 bilion? Kenapa hutang 1MDB sebeanyak RM32 bilion dengan aset-aset amat berharga ini tiba-tiba menjadi RM150 bilion pula?

"Walaupun Bagan pernah terbukti mengelirukan dewan dengan ucapan bahawa wang GST sebanyak RM19.2 bilion telah dirompak oleh BN, saya ingin memberi dia benefit of the doubt.

"Jika benar-benar RM150 bilion telah dicuri BN, kerajaan PH perlu laksanakan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) untuk menyiasat kebenaran tuduhan Bagan ini.

"Oleh itu, saya mencadangkan PAC diarahkan untuk menyiasat rompakan RM150 bilion ini serta-merta," katanya.

Jika terbukti dakwaan itu tidak benar, kata Najib, Lim perlu dikenakan tindakan dan tidak lagi menjadikan ucapan belanjawan tahunan sebagai pentas politiknya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS