Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB ucap terima kasih ketua pembangkang DUN K'tan letak jawatan
Diterbitkan:  Oct 16, 2019 8:54 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengucapkan terima kasih kepada Adun Kok Lanas Md Alwi Che Ahmad yang meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang di DUN Kelantan.

Bagaimanapun menurut Ahmad, setakat ini adun BN kekal sebagai pembangkang di DUN tetapi yang mesra pembangkang.

“Kita perlu sangat kepada teguran daripada sahabat-sahabat. Apabila ada apa-apa kekurangan, tidak tenteram ia perlu ditegur.

“Semoga dengan keadaan ini dewan kita lebih bertambah baik. Peluang kerajaan berfikir dan memenuhi kehendak rakyat yang perlu diatasi,” katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan Kelantan 2020 di DUN Kelantan, hari ini.

Selepas membahaskan belanjawan negeri semalam, Md Alwi mengumumkan perletakan jawatan itu dan berkata keputusan itu selepas perbincangan dengan Majlis Tertinggi Umno susulan termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS.

Selepas termeterainya piagam itu, timbul kemungkinan tertubuhnya kerajaan gabungan antara dua parti itu di negeri yang ditadbir pembangkang.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata masih awal untuk membincangkan soal itu dan menyifatkan piagam tersebut lebih kepada kerjasama yang bersifat longgar.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata masih awal untuk membincangkan soal kerajaan campuran di negeri yang ditadbir pembangkang, susulan pemeteraian piagam, yang disifatkannya lebih kepada kerjasama longgar.

Lihat Komen
ADS