Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amanah T'ganu cabar PAS terima Umno dalam k'jaan negeri
Diterbitkan:  Oct 27, 2019 1:21 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Amanah Terengganu mencabar PAS untuk menerima sekurang-kurangnya dua anggota Umno ke kerajaan negeri untuk membuktikan keikhlasan mereka.

Pengerusinya, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat cabaran berkenaan susulan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terhadap PAS semalam.

“Kalau PH telah membuktikan kerjasama dan kepercayaan baik dengan membenarkan parti yang memegang kerusi yang sedikit menjadi ketua menteri, kenapa PAS tidak boleh melantik dua ahli Umno sebagai exco negeri sahaja tanpa melepaskan kerusi menteri besar," kata Raja Kamarul dalam kenyataanya hari ini.

Pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) di Kuala Terengganu semalam, Zahid berkata Umno memohon maaf “dari hujung rambut hingga hujung kaki” kepada PAS atas kesilapan masa lalu.

Zahid turut mencadangkan Adun Kijal, Ahmad Said dan Adun Seberang Takir Ahmad Razif Abd Rahman - kedua-dua bekas menteri besar - menyertai kerajaan negeri Terengganu.

PAS merampas Terengganu dari BN pada pilihan raya umum tahun lepas. 

Jika Umno menyertai PAS sebagai kerajaan, maka tidak ada pembangkang di negeri itu.

Raja Kamarul Bahrin berkata, tidak seperti PAS,  PH membenarkan parti minoriti mengetuai negeri.

“Buktikan keikhlasan kerja berpasukan kepada rakyat,” katanya sambil menambah Umno sudah memohon maaf sepenuh hati kepada PAS.                         

Lihat Komen
ADS