Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes LTTE: Adun DAP dijangka akan didakwa esok

Adun DAP bagi Seremban Jaya dan Gadek, P Gunasekaran dan G Saminathan yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dijangka akan didakwa esok.

Peguam Harshaan Zamani yang merupakan sebahagian daripada pasukan peguam mewakili kedua wakil rakyat itu, mengesahkan hal berkenaan.

“Ya, kami sudah dimaklumkan..Mereka akan didakwa di mahkamah di Ayer Keroh, Melaka,” kata Harshaan yang juga merupakan setiausaha poiltik kepada Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh kepada Malaysiakini.

Kedua Adun tersebut akan didakwa bersama beberapa individu lain. Mereka akan diwakili oleh pasukan peguam Ramkarpal.

Sementara itu, Aanggota Parlimen Jelutong RSN Rayer, yang juga merupakan seorang peguam menjelaskan bahawa beliau akan mewakili suspek yang akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar di Perak atas kes LTTE.

“Dia bukan ahli DAP namun telah meminta bantuan kami dan saya akan mewakili dia,” kata Rayer kepada Malaysiakini sambil menambah terdapat individu lain juga dijangka akan didakwa di mahkamah yang sama di Perak.

Tujuh lagi individu pula akan dikenakan pertuduhan di mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor berkenaan LTTE.

Sejumlah 12 individu, termasuk ahli dan bekas DAP, PKR serta PAS telah ditahan polis sejak 10 Oktober lalu kerana mereka disyaki terlibat dengan LTTE, kumpulan pemisah di Sri Lanka yang tidak lagi aktif.

LTTE terlibat dalam perang saudara dengan kerajaan Sri Lanka - untuk memerdekakan wilayah yang dikuasai majoriti Tamil di negara itu. Bagaimanapun LTTE dikalahkan kerajaan Sri Lanka pada 2009.

Perjuangan LTTE mendapat simpati dan sokongan etnik Tamil di negara-negara lain tetapi disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS