Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jeck Seng ibarat barang Melayu Cina jual - PAS Kedah
Diterbitkan:  Nov 1, 2019 12:41 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Pemimpin kanan PAS Kedah mempertahankan calon BN Wee Jeck Seng dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, Johor.

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya menyamakan sokongan kepada Wee itu seperti membeli “barangan Melayu-Islam yang dijual oleh jurujual Cina”.

“Undi Cina MCA di Tanjung Piai itu sama seperti membeli barangan Melayu-Islam yang dijual oleh jurujual Cina.

“Walaupun ia dijual oleh Cina (MCA), pemiliknya adalah Melayu-Islam (Umno-BN),” katanya.

Tulisan itu dibuat ketika muncul kempen baru Vote Muslim First (Utamakan undi pada orang Islam) dimainkan di alam maya selepas BN memberi laluan kepada MCA dan meletakkan Wee.


Menilai pendirian PAS melalui kempen BMF dan VMF


Serpihan BN Gerakan turut masuk gelanggang dengan meletakkan calon bukan Melayu Wendy Subramaniam.

Wee Jeck Seng 

Serpihan PAS Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) juga mengumumkan akan menghantar “calon Melayu berwibawa” untuk pilihan raya kecil parlimen itu.


Berjasa letak calon untuk menangkan siapa?


Pakatan Harapan membariskan Karmaine Sardin, bekas imam Masjid Al-Muttaqin di Johor Bahru serta Pengerusi Biro Agama Bersatu Johor, sebagai calon mereka.

Menulis di Facebook malam tadi, Ahmad menyifatkan calon Bersatu Karmaine Sardini sebagai “produk yang menggunakan nama Melayu-Islam tetapi pemiliknya adalah orang bukan Islam (DAP).”

“Jurujualnya Melayu (PPBM), tetapi taukenya Cina (DAP),” sindir Ahmad.


Lihat Komen
ADS