Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IP kematian pelajar Nigeria diserah ke AGC Ogos lalu, kata polis

Polis menolak dakwaan bahawa siasatan ke atas kematian warga Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha masih belum selesai.

Sebaliknya, menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid, kertas siasatan (IP) mengenai kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Ogos lalu.

Semalam, peguam kepada keluarga mendiang warga Nigeria itu mendakwa sudah empat bulan sejak kematian Thomas dan ini disahkan melalui sepucuk surat bertarikh 25 Oktober kepada firma berkenaan.

"Siasatan polis telah selesai. Kita telah kemukakan laporan kematian mengejut itu kepada AGC dengan syor supaya inkues dijalankan, seperti yang dinyatakan di bawah peruntukan Seksyen 339 Kanun Prosedur Jenayah," kata Mior.

Semalam, peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal, dalam satu kenyataan, menyatakan bahawa Mahkamah Koroner tidak dapat menyiasat kematian Thomas sehingga menerima kertas siasatan.

"Sungguh mengejutkan bahawa siasatan belum selesai walaupun pada hakikatnya hampir empat bulan telah berlalu sejak kematian Thomas," kata kedua-dua peguam itu.

Thomas, 34, ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen di sebuah apartmen di Kepong, Kuala Lumpur pada 4 Julai walaupun mempunyai dokumen yang sah untuk menetap di Malaysia.

Jabatan Imigresen mendakwa bahawa dia ditemui mati pada 9 Julai selepas mengalami sawan ketika tidur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS