Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib pengarah bayangan SRC dengan pengaruh besar - Mahkamah Tinggi

KES SRC NAJIB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak ialah pengarah bayangan dengan pengaruh besar dan kedudukan kuasa yang kuat dalam SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata demikian ketika menyampaikan keputusannya hari ini bahawa Najib, yang juga penasihat emeritus SRC, mesti membela dirinya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerangkan mengenai tertuduh berhubung kemampuannya yang dikatakan dapat meyakinkan para pengarah SRC untuk menuruti keputusan penting seperti mendepositkan sebahagian besar dana syarikat di luar negara.

Nazlan menjelaskan sebahagian alasan mengapa mahkamah memutuskan bahawa Najib mesti membela dirinya terhadap tiga pertuduhan pecah amanah yang membabitkan RM42 juta yang didakwa disalahgunakan daripada SRC.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

  • 1 tuduhan salah guna kuasa
  • 3 tuduhan pecah amanah
  • 3 tuduhan pengubahan wang haram

Hakim menyatakan bahawa kepatuhan para pengarah SRC tidak dapat disangka sebagai keputusan pemegang saham, disebabkan melalui kedudukan Najib dalam Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tersebut, pada ketika itu telah diberikan oleh perdana menteri dan menteri kewangan, iaitu Najib sendiri.

"Tertuduh mempunyai pengaruh yang sangat besar dan memiliki kedudukan kuasa yang luas di SRC. Beliau bukan sahaja orang yang memegang jawatan sebagai FM (menteri kewangan) juga MOF Inc (Menteri Kewangan Diperbadankan), pemegang saham tunggal SRC dan 1MDB tetapi juga sebagai PM (perdana menteri) yang diberi kuasa di bawah artikel SRC untuk melantik dan memecat para pengarah syarikat serta kepadanya dirujuk perkara tertentu, termasuk pindaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

"Dan sebagai PM dan MOF Inc, tertuduh juga menyebabkan pengenalan artikel baru 117 untuk melantik dirinya sebagai penasihat emeritus syarikat, yang mana perlu dirujuk nasihatnya tentang hal-hal strategik mengenai SRC.

"Perkara yang perlu diperhatikan adalah, keputusan itu diambil kerana pendirian pengarah, yang menafikan resolusi daripada pemegang saham yang juga PM dan kemudian penasihat emeritus syarikat, sebagai satu bentuk arahan atau sebaliknya sebagai perkara yang perlu dituruti.

"Dan ini yang menyebabkan tertuduh menepati konsep pengarah bayangan atau pengarah dalam pengertian yang dimaksudkan dalam Seksyen 402A Kanun Keseksaan," kata Nazlan hari ini.

Seksyen 402A memberi definisi pengarah dan terma lain yang berkaitan dengan kesalahan jenayah pecah amanah antara lainnya di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Seksyen 402A mentakrifkan "pengarah termasuk mana-mana orang yang menduduki tempat pengarah sesebuah syarikat walau apa pun namanya dipanggil, dan termasuklah seseorang yang bertindak atau mengeluarkan pentunjuk-petunjuk atau perintah-perintah dengan cara dalam mana pengarah-pengarah sesebuah syarikat biasa mengeluarkan atau bertindak dan termasuk seorang pengarah silih ganti atau pengganti, sekalipun ada apa-apa kecacatan dalam perlantikan atau kelayakan orang tersebut."

Pada 11 Jun, bekas pengarah SRC Ismee Ismail dalam keterangannya berkata pindaan untuk memasukkan Artikel 117 ke dalam artikel dan memorandum syarikat itu memberi Najib kawalan penuh terhadap pentadbiran syarikat berkenaan.

Sementara itu, selepas prosiding hari ini, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah mengulas mengenai penghakiman itu berkata hakim telah mengambil tafsiran yang berbeza mengenai fakta kes dan undang-undang.

Beliau berkata pembelaan berpendapat bahawa perkataan 'pengarah' di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan tidak dapat ditafsirkan secara bebas untuk memasukkan pengarah bayangan.

"Sejujurnya, kami menjangkakan pembebasan pada peringkat ini, kerana dalam serahan kami yang kami hasilkan, kami fikir ia sangat menggalakkan. Ia bukan hanya satu kes yang baik, ia sangat menggalakkan secara fakta dan secara undang-undang.

"Tetapi dalam perbicaraan, anda tidak boleh meramalkan (keputusannya). Kamu lihat, pandangan saya dan pandangan orang lain boleh berbeza. Setelah mengatakan ini, kami mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh hakim yang arif, (dan) sudah tentulah kami perlu menghormati pandangannya. Beliau telah mendengar keterangan. Beliau telah mengambil tafsiran yang berbeza dari segi fakta dan undang-undang.

"Seperti misalnya kami selalu mengatakan untuk menjadi pengarah dalam konteks Seksyen 409 Kanun Keseksaan, kamu mesti menjadi pengarah sebenar. Tidak ada perkara seperti pengarah bayangan.

"Kerana 'bayangan' adalah konsep dalam undang-undang sivil, tidak pernah (dipakai) dalam undang-undang jenayah," katanya.

Shafee kemudian menambah dalam konteks pengarah bayangan, maka ahli perniagaan Low Taek Jho ialah pengarah bayangan yang sebenar.

Beliau turut mendakwa dengan memberikan contoh bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, yang juga merupakan orang yang diamanahkan untuk akaun AmBank Najib.

Menurut Shafee, malahan pembabitan Nik Faisal kerana dia disyorkan oleh Jho Low kepada ketua setiausaha peribadi Najib, Allahyarham Azlin Alias.

"Jika kamu bercakap tentang pengarah bayangan, ini pengarah bayangan sebenar," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS