Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pua sekolahkan Asyraf Wajdi: Ketahui perbezaan antara tanah dan GDV
Diterbitkan:  Nov 15, 2019 1:28 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Ahli Parlimen Damansara dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua meminta Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki supaya mengetahui perbezaan antara nilai tanah dan jumlah nilai pembangunan (GDV) sebelum bercakap mengenai perkara tersebut.

“Inilah mutu pemimpin Umno yang sedia hari ini, yang langsung tidak faham matematik dan ekonomi serta istilah kewangan.

“Mereka menyalahgunakan angka-angka dan istilah untuk menipu dan mengelirukan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 12 November, Asyraf mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang tidak menjual semua aset atau harta 1MDB untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB.

Asyraf mendakwa nilai tanah di Tun Razak Exchange (TRX), iaitu sebuah daerah kewangan baharu yang dimulakan oleh dana 1MDB, kini bernilai RM40 bilion.

Nilai RM40 bilion yang selalu dikaitkan dengan projek TRX adalah 'gross development value' (GDV) atau jumlah nilai pembangunan.

“GDV merupakan angka yang merangkumi segala kos yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu projek. Ini jauh berbeza dengan nilai aset ataupun keuntungan yang boleh diperoleh daripada projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan penilaian terkini yang telah dibuat oleh CH Williams Talhar & Wong pada 29 Julai, 2015, aset tanah TRX bernilai RM2.8 bilion sahaja.

Katanya nilai itu sebelum mengambil kira pinjaman sebanyak RM800 juta yang berkaitan dengan projek tersebut.

Ia juga tidak mengambil kira pendahuluan sebanyak RM2.8 bilion yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk menyelamatkan projek TRX yang nyaris terbengkalai di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Oleh demikian, sebarang penjualan aset tanah TRX tidak akan dapat menyelesaikan masalah skandal hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion akibat penyelewengan dan salahguna kuasa UMNO dan Barisan Nasional.

Penilaian di atas juga tidak mengambil kira fakta bahawa aset tanah TRX telah dijual oleh pihak kerajaan kepada 1MDB dengan harga yang cukup rendah, iaitu RM230 juta atau hanya RM75 setiap kaki persegi.

“Maksudnya, aset TRX ini merupakan aset yang dikurniakan oleh pihak kerajaan kepada 1MDB, dan bukannya keuntungan yang diperoleh oleh 1MDB melalui usaha mereka sendiri.”

“Oleh itu, kalau pun aset tanah TRX dapat dijual dengan harga RM40 bilion, seperti yang didesak oleh Asyraf, ia merupakan penjualan tanah yang sebenarnya dimiliki oleh kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membayar hutang 1MDB,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS