Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, mendakwa beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ketua cabang di negeri itu yang mahukannya terus memimpin parti.

Baru yang juga Menteri Kerja Raya bagaimanapun mengakui wujud gerakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya sebagai pengerusi negeri dan mereka ditawarkan habuan kewangan cukup lumayan kepada ketua-ketua cabang.

"Hari ini 16 daripada 19 ketua cabang hadir menyatakan sokongan, tiga lagi tidak dapat hadir disebabkan ada urusan tidak dapat dielakkan.

"Dua berada di luar negara dan seorang lagi ada urusan kerja di Sarawak" katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua cabang yang menyatakan sokongan kepada Baru untuk terus memimpin PKR Sarawak ialah Mas Gading, Seria, Puncak Borneo, Bandar Kuching, Stampin, Petrajaya, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Kanowit, Sibu, Lanang, Bintulu, Hulu Rajang, Kota Samarahan, Baram dan Lawas.

Baru berkata, dengan jumlah tersebut beliau didukung lebih separuh daripada jumlah keseluruhan 30 cabang di Sarawak.

Malam tadi, Malaysiakini melaporkan Ketua PKR Selangau, Joshua Jabeng mendakwa sebahagian besar ketua cabang parti itu di Sarawak mahu Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggantikan pengerusi PKR negeri.

Mahu perkecil kemampuan

Desakan berkenaan dibuat beberapa jam selepas pejabat Baru menyatakan satu sidang media akan berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataannya, Joshua mendakwa gesaan itu disokong 18 daripada 31 cabang parti dan mereka menyatakan hasrat tersebut melalui perakuan bersumpah yang ditandatangani mereka.

Joshua bagaimanapun enggan menamakan mereka atau menunjukkan dokumen tersebut apabila diminta berbuat demikian.

Untuk rekod, Baru yang juga Menteri Kerja Raya adalah penyokong kuat Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Dalam pada itu, Baru berkata, ada pihak mula mengumpul sokongan daripada ketua cabang di Sarawak untuk memperkecilkan kemampuannya.

"Kami juga tahu bahawa terdapat akuan bersumpah yang dibuat untuk menggantika saya dan ia beredar dalam kalangan ketua cabang dan tawaran duit yang sangat besar juga ditawarkan kepada mereka agar bersetuju menjatuhkan Baru.

"Kami percaya gerakan untuk menjatuhkan saya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak juga dirancang untuk dilaksanakan pada Konvesyen Sarawak nanti," katanya.

Lihat Komen
ADS