Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia disenarai antara negara terburuk dalam kebebasan internet
Diterbitkan:  Jan 16, 2020 11:23 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Sebuah syarikat penyelidikan teknologi, Comparitech, menyenaraikan Malaysia sebagai satu daripada negara paling rendah dalam indeks kebebasan internet berdasarkan sekatan pada media sosial, laporan politik, pornografi dan laman penstriman.

Dalam laporan berjudul Tapisan Internet 2020: Peta Sekatan Internet Global oleh Paul Bischoff, firma berpangkalan di UK itu mendapati Malaysia memperoleh 6 daripada 10 mata mengikut skala mereka.

Untuk rekod, 10 adalah kedudupan paling buruk.

Tiga bulan lalu Comparitech meletakkan Malaysia di kedudukan kelima terburuk dalam kajian mengenai aspek privasi dan pemantauan berbanding 47 negara dan wilayah lain di seluruh dunia.

"Dalam kajian penerokaan ini, para penyelidik kami membuat perbandingan negara demi negara untuk melihat perbandingan negara mana yang mengenakan sekatan internet yang paling keras dan rakyat di negara mana paling menikmati kebebasan dalam talian.

"Ini termasuk sekatan atau larangan untuk torrenting, pornografi, media sosial, dan VPN, dan sekatan atau penapisan berat media politik.

"Kami menilai setiap negara dalam lima kriteria, masing-masing bernilai dua mata.

"Satu mata diperolehi jika kandungan - torrent, pornografi, media berita, media sosial, VPN - adalah terhad tetapi boleh diakses, dan dua mata jika ia dilarang sepenuhnya.

Lebih tinggi mata diperolehi, bermakna lebih ketat penapisan dikenakan,"tulis Bishoff.

'Juara' dalam senarai tersebut ialah Korea Utara. Ia memang tidak mengejutkan apabila negara itu memperoleh mata maksimum - iaitu 10 - kerana kekangan ketat Pyongyang ke atas internet.

Tempat kedua dimiliki China, diikuti Rusia, Turkmenistan dan Iran.

Negara lain yang berada di kedudukan lebih rendah berbanding Malaysia termasuklah Belarus, Turki, Oman, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Eritrea.

Perlu diingat, kerajaan PH berdepan desakan yang wajar untuk mengekang ucapan kebencian dan penyebaran maklumat palsu pelbagai pihak yang menyasarkan media sosial sebagai wadah mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS