Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan Najib panggil pakar tulisan tangan
Diterbitkan:  Jan 22, 2020 12:07 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

KES SRC l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk memanggil pakar tulisan bagi mengesahkan kesahihan tandatangannya dalam beberapa dokumen berhubung dengan perbicaraannya melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyatakan bahawa di bawah undang-undang, seseorang tertuduh layak mendapatkan dan membawa mana-mana bukti utama mengikut pilihannya dalam pembelaan.

Hakim itu berkata, walaupun sekiranya asas permohonan itu sudah lepas atau baru dihasilkan oleh tertuduh, ini bukanlah satu alasan sah untuk mengetepikan tertuduh daripada bukti utama dalam pembelaannya.

“Namun, pemberat patut diberikan kepada bukti pakar ini, sekira ia dikemukakan, termasuk mengenai sama ada kredibiliti bukti tertuduh terjejas selepas ini, adalah menjadi hak mahkamah untuk menentukannya pada akhir kes ini,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan berkata, nilai keterangan terhadap bukti yang dihasratkan itu menjadi isu yang perlu ditentukan pada akhir kes ini.

Beliau berkata, bagi memastikan penilaian terhadap bahan bukti tidak akan menjejaskan prosiding kes ini, pihak pembelaan hendaklah menyusun bagi penilaian oleh pakar dilakukan pada minggu hadapan, bagi satu tempoh tidak lebih dua hari sebelum perbicaraan disambung, selepas esok, pada 3 Feb, 2020.

Beliau berkata, tempatnya akan dilakukan dalam bangunan mahkamah ini, yang akan diberitahu lebih lanjut oleh timbalan pPendaftar dan dengan kehadiran para wakil pendakwaan, pembelaan dan mahkamah.

Hakim Mohd Nazlan juga membenarkan pendakwaan memanggil seorang saksi penyangkalan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah sekiranya mereka berhasrat berbuat demikian.

Pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berhujah bahawa mahkamah hendaklah menolak permohonan bekas perdana menteri itu kerana ia jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu pandangan yang selepas dan satu muslihat untuk melewatkan prosiding.

Pada 9 Dis, ketua peguam Najib, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan akan memanggil seorang pakar tulisan dari Australia untuk mengkaji kesahihan beberapa dokumen yang terdapat tandatangan Najib yang telah dikemukakan ke mahkamah.

Pada tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintah Najib, 67, agar membela diri atas tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, termasuk tiga kes pecah amanah (CBT), tiga kes pengubahan wang haram dan satu kes menyalahguna kuasa dalam dana SRC.

Lihat Komen
ADS