Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Penyelewengan TH dah jelas, untuk apa lagi RCI?’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata tidak ada keperluannya untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji (TH) semasa era pentadbiran BN.

Hal itu katanya, memandangkan segala penyelewengan telah dikenal pasti dengan jelas melalui penyiasatan yang dijalankan sebelum ini, malah laporan polis juga telah dibuat ke atas mereka yang terlibat.

“Kerajaan hari ini melihat melihat proses pemulihan TH berjalan lancar seperti laluan (track) dia.

“Kita telah kenal pasti penyelewengan-penyelewengan itu hatta sebelum tertubuhnya RCI. RCI tak tubuh pun sangat jelas laporan bebas PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan (penyelewengan). [...]

“Apa lagi yang nak buat apabila benda tu (penyelewengan) terlalu jelas?" soalnya ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Rendah Agama Saidina Ali, Kuala Lumpur.

Beliau disoal pemberita tentang desakan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya segera menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam TH semasa era BN.

Asyraf mendakwa pelbagai "fitnah" dibuat terhadap BN seperti, katanya, defisit RM41 bilion akibat pembayaran hibah dilakukan secara haram oleh pentadbiran lama.

Pada sidang media itu, Mujahid menjelaskan secara panjang lebar tentang masalah dihadapi TH.

Kata beliau, antaranya termasuk laporan PwC yang tidak menolak kemungkinan dividen dibayar menggunakan simpanan pendeposit, selain memetik Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hujung 2018 yang menyatakan polisi rosot nilai ditukar beberapa kali.

Asyraf pernah membuat desakan sama pada April tahun lalu, dan Mujahid juga tahun lalu telah beberapa kali menjawab isu sama, antaranya mengenai pemberian hibah TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

Pelanggaran itu berlaku apabila pemberian tetap diberikan meskipun tidak memenuhi syarat ditetapkan iaitu aset TH perlu melebihi liabiliti manakala agensi perlu menjana keuntungan terlebih dahulu.

Untuk rekod, dalam janji ke-13 Buku Harapan, menyatakan bahawa PH akan menjalankan siasatan terperinci terhadap salah laku dan rasuah yang berlaku dalam TH serta agensi lain seperti Felda, Mara, dan 1MDB.

"Suruhanjaya siasatan" juga dinyatakan akan ditubuhkan bagi mencapai tujuan tersebut.

Mengulas lebih lanjut mengenai desakan Asyraf itu, Mujahid menzahirkan kepelikannya mengapa Asyraf tidak "bising" mendesak perkara sama semasa dia berada dalam kerajaan dahulu, malah memegang jawatan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) ketika itu.

Sedangkan kata Mujahid, surat amaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikeluarkan sejak tahun 2015, 2016 dan 2017 tentang pemberian dividen yang tinggi, tidak padan jika dibandingkan nilai aset dan tanggungan.

"Kenapa waktu itu Ketua Pemuda Umno tak bising nak buat RCI? Sedangkan RCI itu duduk di mana? Kuasa dia, bukan saya.

"Tapi kalau BN terus memerintah, saya yakin, saya akan tuntut untuk buat RCI, sebab tidak telus.


Lihat Komen
ADS