Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Awas jangan murah dan mudah halalkan darah orang!’
Diterbitkan:  Feb 19, 2020 1:16 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Mujahid Yusof menyelar sesetengah pihak yang menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran berhubung keputusan Tabung Haji (TH) yang memindahkan pemilikan rangkaian hotel TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) kepada anak syarikat milik kementerian mewangan.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam itu, turut berkongsi imej yang memaparkan gambar pemimpin DAP tersebut dengan kata-kata "musuh Islam nombor satu, darahnya halal.”

Turut tertera adalah kata-kata: "Cina ini perosak aset TH (Tabung Haji) milik orang Melayu. (Dia) tidak layak hidup di Tanah Melayu."

Mengulas isu itu, Mujahid menehelaskan bahawa adalah urusannya selaku menteri agama dan bukannya menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang berkaitan dengan Tabung Haji.

“Nampak sangat isu TH dibawa kepada kebencian dan fitnah untuk menghalalkan kebencian mereka.

“Saya tegaskan semua keputusan dirujuk kepada akta TH ie Menteri Agama yang bertanggungjawab bukan Menteri Kewangan... awas jangan murah dan mudah halalkan darah orang!

"Dalam proses memulihkan Tabung Haji, Lim menjadi sasaran walaupun semua keputusan dasar dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) mengikut Akta Tabung Haji,” ciapnya di Twitter.

Sebelum ini, Mujahid turut berkongsi satu lagi imej palsu yang mendakwa Lim mempengerusikan mesyuarat Tabung Haji.

“Inilah sebenarnya yang nak dibawa dalam isu TH.

“Mereka tak minat tentang usaha pemulihan untuk selamatkan TH tetapi menjadikan isu ini untuk berbohong dan fitnah bagi buruk imej PH yang berjaya selamatkan RM10 bilion defisit angkara kerajaan BN dulu,” katanya.

DAP sering kali menjadi sasaran penyokong Umno dan PAS serta kumpulan sayap kanan yang berkaitan dengan isu agama dan perkauman dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan.

Lihat Komen
ADS