Perwaja bukan satu kesilapan, kata Mahathir
Terjemahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan perancangannya membina kilang besi Perwaja yang mengalami kerugian besar, dalam bahagian akhir wawancaranya dengan malaysiakini.
Terjemahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan perancangannya membina kilang besi Perwaja yang mengalami kerugian besar, dalam bahagian akhir wawancaranya dengan malaysiakini.
Malaysiakini: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata di Parlimen bahawa keputusan untuk membina jambatan separuh dibuat oleh Tun seorang sahaja dan kabinet tidak dimaklumkan langsung mengenainya. Apa ianya betul?
Mahathir:
Saya rasa mereka cepat lupa. Orang lupa (apabila) mereka semakin berumur. Mungkin mereka sudah lupa. Mengapa tidak jawab apa yang saya kata, daripada cuba menggambar saya sebagai makhluk yang kejam (demon)? Saya bukan jahat (devil) atau seumpamanya. Saya hanya membuat kritikan kerana, pada saya, saya bukan setakat bekas seorang perdana menteri, tetapi saya juga rakyat negara ini.
Saya cintakan negara ini, saya rasa negara ini telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan, kita telah mencapai kemderdekaan. Dan apabila kita menyerahkan hak kita sebagai sebuah negara merdeka kepada orang lain, maka saya berhak mengkritik, dan sekarang (mereka patut) menjawab perkara yang saya bangkitkan. Jangan hanya berkata 'dia seorang jahat (devil), oleh itu saya tidak perlu (dilayah). Apakah yang Nazri kata mengenai perkara yang saya bangkitkan? Bagi tahu saya, perkara mana yang saya silap?
Beliau menuduh Tun cuba memecahbelahkan parti dan kerajaan.
Tidak. Anda tahu, semasa (pentadbiran) saya, (bekas Menteri Kewangan) Tengku Razaleigh (Hamzah) menentang saya, (bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Musa (Hitam) menentang saya (bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) juga menentang saya. Mereka yang memecahbelahkan parti. Mengapa? Sebab mereka fikir saya salah. Jika saya salah, tidak mengapa. Tetapi parti telah dipecahbelahkan, dan saya terpaksa menyatupadukan parti semula.
Saya terima semula kebanyakan mereka yang menentang saya. Saya terima balik (Menteri Luar Datuk) Seri Syed Hamid (Albar). Saya terima balik (Perdana Menteri Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi, Saya terima balik (bekas Menteri Penerangan Datuk) Abdul Kadir Sheikh Fadir. Saya terima balik (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri) Dr Rais Yatim. Malah, saya berdamai dengan Tengku Razaleigh. Apakah semua itu dipanggi memecahbelahkan parti?
Tetapi, jika saya melakukan sesuatu yang salah, dan tidak seorangpun yang mengkritik saya, maka saya rasa parti akan dijadikan sebagai alat peribadi untuk melakukan apa yang anda suka. Saya tidak boleh lakukan apa yang saya suka, saya kena jelaskan kepada rakyat, malah saya kena jelaskan kepada pihak akhbar. Maka yang terbaik ialah jangan bercakap tentang memecahbelahkan parti, jangan bercakap mengenai bekas perdana menteri ini patut diam. Carilah...mengapa anda menjual Agusta dengan nilai dua dollar? Saya ingin tahu mengenainya. Tetapi, tidak satupun daripada perkara yang tanya dijawab, Sebaliknya berkata 'Tidak, perkara ini telah ditutup'.
Dan mengenai isu AP (Permit import kereta). Anda memberi AP kepada dua orang dari kementerian anda. Mengapa? Tiada penjelasan. Hanya berdiam diri. Lama-lama, perkara itu akan dilupakan.
Jadi, saya rasa, sebagai seorang ahli, jika parti buat salah, anda ada hak untuk mengkritik. Apabila Tunku (Abdul Rahman) buat salah, saya mengkritiknya, membiarkan leher saya 'dipancung', dan saya dipecat dari parti. Itulah risiko yang ambil ambil. Tetapi saya rasa jik ada apa-apa yang salah, rakyat mesti mengkritiknya. Itu tidak bermakna anda memecahbelahkan parti.
Satu soalan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun dan Anwar bersama untuk tempoh yang lama. Malah beliau dilihat sebagai pengganti Tun, tetapi tidak menjadi kenyataan...Pendirian Tun jelas bahawa beliau seorang homokseks berdasarkan kepada kes mahkamah. Soalannya, adakah Tun 100 peratus pasti mengenainya? Apakah masih ada ruang untuk berbaik-baik semula?
Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri saya sediri tetapi juga kepada negara, bukan sahaja pada masa saya menjadi perdana menteri, tetapi juga untuk masa depan negara, dan saya terpaksa membuat keputusan. Jika saya yakin bahawa seorang itu tidak sesuai, maka saya terpaksa membuat keputusan. Walaupun dia seorang kawan atau saudara mara saya sendiri, tiada bezanya. Andapun tahu saya yang menaikkannya dan seumpamanya...semua perkara itu tidak mempengaruhi saya.
Anda tahu, musuh-musuh saya saya lantik semula dalam kabinet. Saya tidak mengambilkira hubungan peribadi. Saya pentingkan kebolehan anda. Jika anda menunjukkan kemampuan untuk berkhidmat kepada negara, walaupun anda musuh saya, saya akan ambil anda balik. Tetapi walaupun rapat dengan saya dan seumpamanya, tetapi anda tidak berkemampun untuk mentadbir negara, maka saya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Jadi, apakah masih ada kemungkinan untuk berbaik semula, memandangkan Tun pernah menerima semula musuh-musuh Tun sebelum ini?
Jika saya berbaik-baik semula dengan Anwar, orang akan mentafsir segala kepercayaan saya terhadap salahlaku Anwar sebenarnya tidak apa yang berlaku, bahawa ianya tidak betul, silap saya, (bahawa) keputusan saya salah, bahawa perkara itu tidak berlaku. Tetapi bagi saya, saya telah yakin, saya telah membuat keputusan, tidak kira apa orang lain kata.
Saya tidak meminta orang melebamkan matanya. Saya hampir kalah dalam pilihanraya umum disebabkan oleh (kejadian) itu. Tetapi sama ada saya akan kalah dalam pilihanraya, sama ada saya akan dipecat dari parti, dan seumpamanya tidak relevan kepada saya.Apa yang penting bagi saya ialah saya lakukan apa yang saya fikir betul. Jadi, jika Tunku buat salah, saya memberitahu Tunku.
Ada masanya...Tun mengaku membuat kesilapan sebelumnya.
Apa? contohnya?
Seperti dalam kes Perwaja
Tidak. Perwaja bukan satu kesilapan. Malah, kita memperolehi kilang tersebut secara percuma kerana pihak Jepun gagal menyiapkannya. Kilang itu hampir siap, jadi terpaksa memanggil Hylsa dari Mexico untuk menyiapkannya, dan ia disiapkan dan beroperasi. Tetapi apa yang dibuat dibuat jika pengurusannya tidak tahu untuk mengendalikannya.
Jadi perlantikan (bekas Pengarah Urusan Perwaja Tan Sri) Eric Chia itu kesilapan?
Ketika Eric Chia dilantik, tidak seorangpun yang memberitahu saya bahawa ia adalah satu kesilapan. Beliau amat berjaya di UMW. Dia dilantik berdasarkan rekod prestasinya. Tetapi apa yang dilakukannya selepas itu, saya tidak boleh mengawasinya (sepanjang masa). Jika anda dapat dia bersalah, dakwa dia. Saya tidak menghalang (anda).
Malah, sayalah yang berunding dengan kerajaan Switzerland untuk membenarkan banknya memberi maklumat kepada penyiasat kita. Saya tidak menghalangnya. Jika dia bersalah, hukum dia. Jika dia tidak bersalah, jangan pula memberitahu semua orang yang dia seorang yang jahat. Dia bukan seorang yang tidak baik ketika saya mula mengenalinya. Bagaimana saya boleh tahu apa seseorang itu mahu lakukan selepas dia mengambil alih daripada saya? Saya tidak tahu.
Tetapi, kita mengalami kerugian kerana Perwaja.
Kita rugi kerana pengurusannya tidak baik. Bukan kerana Perwaja itu satu kesilapan. Perwaja satu projek yang baik, tetapi jika anda tidak tahu menguruskannya, maka anda akan kerugian wang. Walaupun jika anda menipu.
Wawasan 2020 di bawah pentadbiran sekarang, adakah Tun fikir kita akan mencapainya sepertimana yang Tun sasarkan?
Jika anda membaca mengenai angka pertumbuhan, ia nampak baik. Enam peratus, lima peratus, ia nampak baik. Jika pertumbuhan kekal pada kadar tersebut, pasaran saham juga baik...oklah. Tetapi pertumbuhannya mestilah purata tujuh peratus setahun bagi mencapai sasaran 2020. Tetapi pertumbuhan (sekarang) tidak pada kadar tujuh peratus. Pada suatu ketika, pertumbuhannya mencapai 8.5 peratus sehinggalah berlaku krisis kewangan (di Asia). Kita berjaya menangani krisis kewangan itu, tetapi banyak perkara lain yang berlaku.
Pilihanraya negeri Sarawak akan berlangsung. Adakah Tun rasa Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah terlalu lama memegang jawatan Ketua Menteri? 26 tahun...lebih lama daripada Tun.
Saya rasa, saya adalah antara segelintir mereka yang mengambil keputusan untuk bersara, dan saya bersara bukan atas desakan sesiapa, saya sendiri yang memutuskan yang saya perlu bersara. Tetapi beliau (Taib Mahmud) mempunyai hak jika beliau mahu terus (berkhidmat). Maksud saya, rakyat Sarawak ada peluang untuk menyokong atau tidak menyokong.
Tetapi, tidak kira apa juga pun, rakyat Sarawak mempunyai pilihan. Kita mempunyai sistem yang bebas. Anda boleh mengundi. Di negara ini, jika anda mengundi pembangkang, kita tidak sumbat anda ke dalam penjara, atau mendakwa anda di mahkamah. Di negara ini, jika anda dipilih, anda duduk di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri. Kita adalah lebih demokratik daripada sesetengah pihak lain.
Tun pernah berkata, jawatan ketua menteri Sabah terlalu kuat. Bagaimana pula dengan Sarawak?
Rakyat boleh memutuskannya. Maksud saya, ini adalah sebuah negara yang bebas. Anda diberi peluang untuk mengundi. Sudah tentunya, di Singapura pun mereka boleh mengundi. Jumlah pengundi (PAP) telah merosot, jadi mungkin anda boleh baca yang tersirat.
Nasihat untuk Taib Mahmud yang kini kurang sihat?
Tidak. Saya tidak mahu menasihatkan sesiapapun. Saya tidak layak untuk memberi nasihat kepada sesiapa pun.
Mengenai Proton
Proton saya sepatutnya menjadi penasihat, tetapi mereka tidak pernah memberitahu apa-apa kepada saya. Mereka hanya menasihatkan saya yang mereka telah buat itu dan ini. Siapakah penasihatnya? Saya pun tidak pasti.
Selepas tiga tahun bersara, Tun masih seperti dulu. Bila agaknya Tun akan berihat sepenuh?
Mereka tidak mahu saya berihat. Anda pun mahu mewawancara saya. Mengapa anda mahu mewawancara bekas (perdana menteri) seperti saya?
Apakah rahsia Tun tetap kelihatan sihat?
Saya sedang menulis buku mengenainya (sambil tersenyum). Saya mahu buat duit daripadanya (berseloroh) mengenai cara untuk awet muda.
Mengapa Tun tidak minat bermain golf?
Empat jam memukul satu bola kecil? Saya tidak tahun berapa tahun atau beberapa bulan lagi yang saya masih ada.
Apakah filem yang menjadi kegemaran Tun?
Satu-satunya yang saya suka adalah (siri drama TV) 'Eight is Enough'. Tapi ia sudah disiarkan lagi.
Bagaimanakah Tun mahu rakyat Malaysia mengingati Tun?
Saya rasa mereka patut lupakan saja saya (berseloroh).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.