Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Orang ramai, swasta dipelawa kongsi respons perkukuh ekonomi pada k'jaan

Kerajaan mewujudkan satu platform khusus untuk membolehkan orang ramai berkongsi maklum balas bagi menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi negara, khususnya ketika ini apabila Malaysia sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed berkata maklum balas yang dikemukakan akan diperhalusi untuk dijadikan input dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diadakan setiap minggu.

“Mulai hari ini orang ramai dan sektor swasta dipelawa untuk berkongsi maklum balas dengan Sekretariat EAC melalui www.mea.gov.my/ms/ekonomikita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata platform khusus ini diwujudkan hasil mesyuarat pertama EAC pada 16 Mac, 2020.

Kerajaan telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang mampan serta meningkat keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS