Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Lepas PKP, rakyat tak boleh terus bebas seperti biasa
Diterbitkan:  Apr 9, 2020 3:52 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Penamatan perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan, bukan bermaksud kebebasan rakyat semuanya akan kembali kepada keadaan sedia kala, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun PKP ditamatkan, tetapi tak boleh rakyat terus bebas seperti biasa. Ada SOP (prosedur operasi standard) tertentu mesti juga dipatuhi,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebagai contoh, katanya, apabila PKP ditamatkan nanti, perhimpunan yang melibatkan ramai orang masih tetap tidak dibenarkan. Begitu juga dengan perhimpunan hari konvokesyen universiti.

Ismail terlebih dahulu berkata kerajaan akan berbincang mengenai SOP terhadap pelbagai zon jangkitan pada esok hari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu, sebelum ini turut memberi bayangan bahawa kehidupan di zon merah dengan lebih 41 kes jangkitan Covid-19, akan berbeza berbanding kehidupan di zon hijau yang tidak mencatatkan jangkitan.

Tambahnya, SOP berkenaan akan diteliti selepas PKP tamat.

Bagaimanapun, soal sama ada PRK akan dilanjutkan atau tidak, belum dibincangkan setakat ini dan akan diputuskan berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

[Baca berita asal]


Lihat Komen
ADS