Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Kimanis Mohamad Alamin dilantik sebagai pengerusi baru Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkuat kuasa 1 Mei.

MyIPO dalam satu kenyataan hari ini berkata Mohamad menggantikan Dr Rozhan Othman yang telah tamat perkhidmatannya pada 30 April.

MyIPO turut memaklumkan pelantikan Mohd Roslan Mahayudin sebagai ketua pengarahnya yang baru juga berkuat kuasa pada tarikh sama.

Turut diumumkan pelantikan dua anggota perbadanan yang baru iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Dr Rashidah Bolhassan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Alauddin Sidal berkuat kuasa 23 April, masing-masing menggantikan Ismail Saleh dan Rostam Affendi Salleh.

Menurut kenyataan itu, ketika ini MyIPO mempunyai lapan anggota perbadanan.

"MyIPO merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Rozhan Othman, Datuk Wira Ismail Saleh dan Datuk Rostam Affendi Salleh atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan sebagai anggota perbadanan di MyIPO," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS