Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas Riza Aziz: 8 bekas presiden Badan Peguam tuntut jawapan
Diterbitkan:  May 29, 2020 10:36 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

Lapan bekas presiden Badan Peguam Malaysia mengkritik keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram.

Mereka menyifatkan keputusan itu sebagai “membingungkan”.

“Maklumat yang ada setakat ini memberikan gambaran tidak terdapat alasan yang kukuh untuk menarik balik pendakwaan dan tidak meneruskan pendakwaan,” kata mereka.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Zainur Zakaria, Kuthubul Zaman, Yeo Yang Poh, Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Lim Chee Wee, Christopher Leong dan Steven Thiru.

Mereka berkata persetujuan itu menggambarkan seseorang tertuduh boleh lepas jika sedia membayar balik sebahagian daripada perolehan yang diperoleh secara tidak sah.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu melepaskan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan untuk DNAA susulan beberapa representasi difailkan tertuduh terhadap pertuduhan dihadapinya.

Keputusan itu bergantung kepada pematuhannya terhadap persetujuan untuk memulangkan jutaan ringgit wang kerajaan yang didakwa berkaitan dengan lima pertuduhan terhadapnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS