Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Kata nak pecat, saya tunggu di pejabat’
Diterbitkan:  May 29, 2020 3:37 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Dr Mahathir Mohamad kini berada di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, kira-kira sejam sebelum sidang media Hamzah Zainuddin, iaitu setiausaha agung yang memihak kepada Muhyiddin Yassin.

“Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebuah video memaparkan pemimpin berusia 95 tahun itu masuk ke pejabat pengerusi Bersatu dan duduk di mejanya.

Semalam, Mahathir dan empat yang lain diberitahu oleh puak yang menyokong Muhyiddin bahawa keahlian Bersatu mereka terbatal susulan tindakan mereka duduk di bangku pembangkang di Dewan Rakyat.

Kelima-lima mereka, termasuk anak Mahathir, Mukhriz mempertikaikan dakwaan itu.

Sidang media Hamzah yang dijadualkan pada jam empat petang dipercayai akan menangani masalah berkenaan.

Sementara itu, spekulasi juga bertiup kencang bahawa seorang menteri Bersatu akan mengundurkan diri petang ini.

Pada sidang akhbarnya sendiri kemudian, Mahathir berkata, beliau hadir ke ibu pejabat Bersatu untuk berjumpa dengan setiausaha kerja parti itu, Muhammad Suhaimi Yahya yang h mengeluarkan lima surat penamatan keahlian mereka.

“Saya nak jumpa la setiausaha kerja yang sack saya tapi entah macam mana dia tak nak jumpa saya.

“Dia janji (bila) Hamzah datang, sama-sama nak jumpa, maka tunggu la saya. Tunggu punya tunggu, (saya dapat tahu) Hamzah akan adakan dia punya sidang akhbar di tempat lain.

“(Dia) tak jadi datang sini, tak tahu la pasal apa. Jadi bila dia tak datang, setiausaha kerja ini pun tak datang juga la, tak tahu la ke mana dia pergi,” katanya.

Mahathir berkata, setiausaha kerja tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemakluman pengguguran ahli, apatah lagi ia tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

"Jadi, saya buat keputusan untuk lucut jawatan setiausaha kerja. Suhaimi bukan lagi setiausaha kerja. Dia tidak ada hak.

"Sekarang ini saya lantik orang lain untuk isi jawatan setiausaha kerja, Sazmi Miah daripada Kelantan. Itulah keadaan sekarang ini," katanya.

Sementara itu, mengulas alasan penamatan keahlian mereka, Mahathir berkata, bahawa Ahli Parlimen bebas duduk di mana sahaja mereka mahu di Dewan Rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS