Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKP pemulihan: Sekolah dibuka semula secara berperingkat
Diterbitkan:  Jun 7, 2020 3:33 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Sekolah akan dibuka semula secara berperingkat pada tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang akan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan kelonggaran dalam fasa terbaru perintah kawalan pergerakan (PKP) itu dalam perutusan khas hari ini.

“Bagi ibu-bapa yang ada anak yang bersekolah, pastinya saudara-saudari tertanya-tanya bila sekolah akan dibuka.

“Untuk makluman saudara-saudari, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi,” katanya.

Menurut garis panduan yang telah dimaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) 4 Jun lalu, hanya pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam akan dibenarkan untuk kembali ke sekolah apabila ia dibuka semula.

Protokol yang dikeluarkan dalam garis panduan ini merangkumi jarak sosial, kebersihan tangan, pemeriksaan kesihatan, pembersihan dan sanitasi, hebahan maklumat langkah kesihatan dan keselamatan, susun atur meja dan aplikasi MySejahtera.

Terdahulu, Muhyiddin  mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan PKPP bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang tamat 9 Jun ini.

Jelas Muhyiddin, Malaysia telah memasuki fasa pemulihan dan menerusi PKPP, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada orang ramai dalam menjalani kegiatan seharian.

Lihat Komen
ADS