Kadir Jasin: Insya-Allah saya akan jawab...
Bekas Ketua Pengarang kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin akan menjawab secara bertulis semua dakwaan terhadapnya yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi kumpulan NSTP, Datuk Kalimullah Hassan dalam akhbar New Straits Times keluaran hari ini.
Bekas Ketua Pengarang kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin akan menjawab secara bertulis semua dakwaan terhadapnya yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi kumpulan NSTP, Datuk Kalimullah Hassan dalam akhbar New Straits Times keluaran hari ini.
"Insya-Allah...saya akan menghantar jawapan saya ke akhbar berkenaan. Pagi tadi sewaktu mesyuarat agung tahunan NSTP, dengan bersaksikan pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya saya telah meminta komitmen Ketua Pengarang NSTP, Datuk Hishamuddin Aun supaya menyiarkan tulisan saya jika saya memilih untuk menjawab.
"Dan Datuk Hishamuddin telah memberi komitmennya untuk menyiarkan tulisan saya itu nanti," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Kalimullah dalam tulisannya bertajuk 'Political tiffs and intrigues not new' yang disiarkan di muka surat 6 dan 7 akhbar New Straits Times hari ini, telah mendakwa Kadir adalah antara orang yang banyak menerima projek pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara projek tersebut menurut Kalimullah ialah tiga projek Pembekal Tenaga Bebas (IPP).
Edaran merosot
Dalam tulisan tersebut juga, Kalimullah mendakwa, ketika diterajui oleh Kadir, jualan akhbar New Straits Times telah merosot dan jatuh jauh ke tempat kedua di belakang akhbar The Star .
Timbalakan Pengerusi NSTP itu juga membangkitkan soal pembelian anak syarikat NSTP, Berita Publisihing Sdn Bhd oleh Kadir pada harga RM1, yang menurutnya lebih kurang sama dengan penjualan syarikat pengeluar motosikal M V Agusta pada harga 1 Euro.
Rencana Kalimullah itu disiarkan berikutan kritikan terbaru Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu majlis dialog di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor Sabtu lalu.
Kadir yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Berita Publishing, turut menghadiri majlis dialog tersebut di samping beberapa veteran Umno lain seperti Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, bekas ahli Umno Datuk Ibrahim Ali dan para pemimpin PAS dan DAP.
Menurut Kalimullah, Kadir terus kekal sebagai penyokong kuat Dr Mahathir dan kini sering mengkritik pentadbiran Abdullah dalam tulisannya di lamanweb, blog peribadinya dan majalah Malaysian Business yang diterbitkan oleh Berita Publishing.
.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.