Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M kepada Najib: Tunjuk bukti 'seperti 1MDB' anak saya dapat kontrak kerajaan
Diterbitkan:  Jun 23, 2020 8:23 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Dr Mahathir Mohamad menegaskan kritikannya berkenaan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) anak tiri Najib Razak, Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mahathir juga menyangkal kritikan balas Najib bahawa anak-anaknya dan kroni mendapatk kontrak kerajaan ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Sila tunjukkan bukti dokumen kontrak yang diberi kepada anak saya, sebagaimana bukti dokumen menunjukkan anda selaku MO1 (Malaysian Official 1) telah mengambil wang daripada 1MDB.

"Sila jelaskan urusniaga (sweetheart deal) melibatkan korni PM7 (perdana menteri ketujuh). Adakah Riza yang beli atau anak saya yang beli? Dan siapa kroni (yang dimaksudkan)?" soal Mahathir di blognya hari ini.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivilnya untuk mendapatkan semula aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB meruju Najib sebagai "MO1". Najib dalam kritikannya terhadap Mahathir pula merujuknya sebagai "PM7".

Dalam wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini, Mahathir menyifatkan keputusan DNAA Riza sebagai "curi 11 ekor ayam bagi balik seekor".

Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Riza perlu menyerahkan aset yang dianggarkan bernilai AS$108 juta (RM416.6 juta).

Najib membidas analogi tersebut, dengan berkata Riza memulangkan lebih daripada AS$248 juta kerana dia turut perlu membuat bayaran kepada pihak lain selain kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun Mahathir berkata ia bukan soalnya kerana pada akhirnya, kerajaan Malaysia tidak dapat memperolehi semula jumlah yang telah hilang.

"Saya masih kekal menganggap ia adalah sweetheart deal apabila anda curi AS$248 juta daripada 1MDB dan memulangkan semula AS$107.3 juta, dan ada lebih AS$140 juta untuk dinikmati.

"Hakikatnya anda curi AS$248 juta daripada 1MDB dan jumlah keseluruhan perlu dipulangkan. Apa yang anda bayar kepada orang lain tidak relevan.

"Ia seperti curi 10 ekor ayam. Anda patut pulangkan 10. Jika anda sudah makan sembilan ekor atau jual kepada orang lain, ia tidak diambil kira.

"10 ekor ayam perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Beri balik satu masih bermakna pemilik hilang sembilan," katanya lagi.

Dana berkaitan 1MDB didakwa dipindahkan kepada Red Granite Pictures, syarikat di Amerika Syarikat di mana Riza adalah pengasas bersama.

Mahathir juga menegaskan anak-anaknya tidak mendapat apa-apa manfaat ketika beliau menjadi perdana menteri.

"Anda kata anak saya diberi kontrak kerajaan. Saya malah tidak benarkan anak saya buat urus niaga di Malaysia, apatah lagi kontrak kerajaan.

"Mereka juga tidak mendapat biasiswa kerajaan kecuali Mirzan yang mendapatnya sebelum saya jadi ahli parlimen pada 1964. Dia perlu bayar semula 25 peratus.

"Hanya selepas saya letak jawatan mereka menjalankan perniagaan di Malaysia - dan bukan dengan kerajaan. Pastinya tiada kontrak kerajaan," katanya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS