Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan sudah terima nama calon Exco, belum putuskan rombakan - MB

Kerajaan Selangor telah menyerahkan nama calon bagi mengisi dua jawatan exco kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika sidang media di hari pertama sidang DUN hari ini, Menteri Besar Amirudin Shari berkata tuanku akan menetapkan tarikh bagi acara angkat sumpah.

Beliau juga berkata belum membuat keputusan sama ada akan membuat rombakan barisan exco susulan lantikan dua exco baru itu.

"Saya belum dapat ilham lagi, saya akan umum lepas dapat mimpi malam ini," selorohnya.

Dua portfolio kini kosong setelah Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari disingkirkan selepas partinya, Bersatu keluar daripada PH, dan selepas Adun Lembah Jaya Haniza Talha dipecat daripada PKR.

Sebelum ini, Rashid memegang portfolio Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan manakala Haniza bagi Perumahan dan Kehidupan Bandar.

Bagaimanapun Amirudin tidak memberi jawapan jelas apabila ditanya sama ada kedua-dua jawatan itu akan diberikan kepada PKR.

'Saya sedang fikir, mungkin (kepada PKR)," katanya.

Kunci pejabat 'prosedur biasa'

Beliau turut mengulas rungutan Haniza berkenaan gagal memasuki pejabatnya hujung minggu lalu untuk mengambil barang-barang kerana telah dikunci.

Menurutnya, ia adalah sebahagian daripada prosedur biasa apabila jawatan dikosongkan.

"Itu normal...(bekas exco) dibenarkan mengambil barang-barangnya tetapi perlu diiringi pegawai institusi kerajaan negeri. Kena isi borang tertentu...kerana libatkan dokumen sulit yang kita tidak mahu disalah guna atau diedarkan," katanya yang juga Adun Sungai Tua.

Selain jawatan exco, turut dikosongkan sebelum ini adalah kerusi timbalan speaker selepas Adun Sementara Daroyah Alwi meletakkan jawatan. Beliau juga keluar daripada PKR.

Tempat itu digantikan oleh Adun Morib dari Amanah, Hasnul Baharuddin yang dilantik hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS