Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RUU Perbekalan Tambahan RM7 bilion dibentang untuk perbelanjaan 2019
Diterbitkan:  Jul 21, 2020 3:22 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan berjumlah RM7 bilion untuk perbelanjaan dari tahun lalu.

RUU itu bagi "perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan tujuan" yang telah dinyatakan dalam Belanjawan 2019.

Ia dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang turut membentangkan RUU kedua bagi peruntukan semula sejumlah RM7.18 bilion untuk penstrukturan semula Kabinet.

Berdasarkan RUU perbekalan tambahan itu, peruntukan terbesar adalah kepada perkhidmatan am Perbendaharaan dengan jumlah RM1.77 bilion, diikuti dengan Kementerian Kesihatan dengan RM1.18 bilion.

Pada 2019, pentadbiran PH telah membentangkan RUU belanjawan tambahan berjumlah RM19.6 bilion untuk perbelanjaan pada 2018.

Sementara itu, RUU peruntukan semula adalah untuk melancarkan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan kementerian baru.

Terdahulu Tengku Zafrul memberitahu Dewan Rakyat bahawa ia tidak melibatkan peruntukan tambahan dan akan diambil daripada simpanan dan belanjawan sedia ada.

Peruntukan semula terbesar adalah sebanyak RM5.92 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi - yang dikeluarkan daripada Kementerian Pendidikan.

Pejabat Perdana Menteri pula penerima kedua terbesar dengan RM310 juta.

Kedua-dua RUU akan dibahaskan dalam sidang Daewan Rakyat kali ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS