Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu hari ini iaitu, Kluster Bukit Tiram di Johor dan Kluster Syarikat Pembinaan di Kuching.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Bukit Tiram dikenal pasti setelah dua kakitangan pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor, dilaporkan positif.

“Kedua-duanya adalah bukan warganegara, yang menetap di Malaysia. Kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869), telah mula mengalami gejala pada 15 Julai, namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Kemudiannya mereka telah membuat saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai,” menurutnya dalam kenyataan hari ini dan sehingga kini, KKM kenal pasti 10 orang kontak rapat daripada dua kes positif itu yang telah disaring dan masih lagi menunggu keputusan.


Baca: Covid-19: Hari ketiga catat lebih 20 kes positif


Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching pula membabitkan kes positif pertama warganegara yang dikesan pada 11 Julai (iaitu kes ke-8715).

Beliau berkata, melalui siasatan yang dijalankan sebanyak 55 kontak rapat dikenal pasti, yang mana ia terdiri daripada lima rakan serumah dan 50 rakan sekerja.

"Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif COVID-19. Kluster ini dikenal pasti apabila satu kes positif (iaitu kes ke 8881), dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715," katanya.

“Bagaimanapun, kedua-dua kes ini masih dalam siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif dieruskan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS