Paling Popular
Terkini

WAWANCARA | Perdebatan dan saling perli-memerli di media sosial antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Anggota Parlimen Shah Alam dilihat bagai tiada pengakhiran.

Jelas Khalid, dia tidak tahu menahu mengapa Najib menjadikannya sasaran sindiran atau ‘troll’ di media sosial.

Malah Khalid berkata, dia sekadar membalas balik di akaun media sosialnya pula demi menjaga hati bekas perdana menteri itu.

“Soal Najib troll saya itu, pasal dia tak ada kerja dah, so saya tak boleh halang dia

“Sekali- sekala bila dia (Najib) troll itu saya jawab balik kalau kita tak jawab dia kecil hati pula,” katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini.

Najib dan Khalid turut dilihat kerap menggunakan singkatan ‘Jib’ dan ‘Lid’ ketika saling membalas di media sosial.

Terbaru, kedua-dua pihak itu dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain mengenai siapa yang bertanggungjawab terhadap penyebaran wabak Covid-19 yang semakin buruk di negara ini.

Sementara itu, bekas menteri wilayah persekutuan itu turut menambah media sosial merupakan satu platform yang paling berpengaruh pada ketika ini, termasuk bagi ahli politik.

“(Ahli politik boleh) menyampaikan satu mesej kepada rakyat khususnya pembaca dan pengikut media sosial bahawa kita ini ada satu perjuangan dan satu pendirian dan satu sikap yang kita nak perjuangkan.

“Kita nak masyarakat memahami dan menyokongnya,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS