Malaysiakini
BERITA

Pemimpin Bahagian Bersatu Shah Alam pula umum keluar parti

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Ogs 2020, 1:41 tengahari

Gelombang ahli Bersatu yang keluar parti terus melanda Selangor apabila beberapa lagi pemimpinnya melibatkan Bahagian Shah Alam mengumumkan tindakan sama hari ini.

Pemimpin berkenaan ialah Pengerusi Tetap Bahagian Shah Alam Mohd Nor Din, Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam Mohd Azlan Shah Mohd Arshad dan lima ketua cawangan serta tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu.

Mohd Azlan Shah berkata lima ketua cawangan bahagian yang keluar parti itu melibatkan Seksyen 9, Seksyen 24, Setia Alam, Bukit Subang dan Bukit Jelutong dengan surat peletakan jawatan mereka akan dihantar kepada Setiausaha Agung Bersatu selewat-lewatnya esok.

"Turut sama keluar parti pada hari ini ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Hassan Ismail," katanya pada sidang media khas di Shah Alam hari ini.

Pada Sabtu dan Ahad lepas, beberapa pemimpin Bersatu di Selangor bersama ahli akar umbi bertindak keluar parti melibatkan Bahagian Kuala Selangor, Klang dan Bangi.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.