Malaysiakini
BERITA

Najib: Saya report kepada 'boss saya' Guan Eng tak?

Diterbitkan

Bekas perdana menteri Najib Razak secara sinis berkata apakah beliau perlu lapor kepada "bossnya" Lim Guan Eng dalam kabinet baru kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim kelak.

Ia merujuk kepada laporan sebuah portal yang menyenaraikannya sebagai barisan kabinet Anwar bersama Setiausaha Agung DAP itu; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

"Laman web yang lapor saya antara 19 ahli parlimen Umno yang sokong Anwar jadi PM juga senaraikan saya sebagai menteri jaga ekonomi.

"Individu yang pernah difitnah ada ijazah juga dilantik menteri air, tanah dan sumber asli.

"Nak tanya, saya report kepada boss saya menteri kewangan Guan Eng tak?" tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, petang ini.

Berdasarkan tangkap layar yang disiarkan Najib di Facebooknya, portal terbabit menyenaraikannya sebagai menteri hal ehwal ekonomi, Lim sebagai menteri kewangan, Mohamad sebagai menteri pertahanan dan Mahfuz sebagai menteri air, tanah dan sumber asli.

Portal itu menyenaraikan 19 ahli Parlimen Umno yang didakwa menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Semalam, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru.

Jelasnya dalam sidang media di hotel Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur semalam, sokongan dimiliknya agak besar dan bukannya majoriti tipis.

Anwar berkata beliau mendapat sokongan daripada majoriti ahli Parlimen Melayu.

Sejurus pengumuman Anwar, Ahmad Zahid kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mampu menghalang ahli Parlimen Umno, BN menyokong Anwar.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.