Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pejabat MP Lembah Pantai tutup, seorang kakitangan positif Covid
Diterbitkan:  Sep 30, 2020 11:37 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Seorang kakitangan pejabat anggota Parlimen Lembah Pantai disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Perkata itu diberitahu anggota parlimennya, Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

"Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September disahkan positif Covid-19. Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan dan isolasi," katanya.

Menurutnya, mengikuti operasi prosedur standard (SOP) dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah (KPD) Lembah Pantai semua kakitangan pejabat membuat ujian saringan Covid-19 pagi ini.

"Memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini saya dan semua staf pejabat hadir ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk membuat saringan Covid-19. Kami akan menjalani kuarantin di rumah mengikut tempoh yang diarah PKD Lembah Pantai.

"Pejabat saya akan ditutup sehingga tempoh arahan kuarantin di rumah selesai. Unit dekontaminasi juga akan dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini," kata Fahmi.

Susulan itu, Fahmi, berkata, buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabatnya boleh menghubungi laman Facebook atau melalui emel.

"Segala kesulitan amat dikesali. Sila doakan agar kami selamat dan dihindari dari wabak Covid-19," katanya.

Lihat Komen
ADS