Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Annuar saran mesyuarat MN, MT Umno tumpu 3 isu
Diterbitkan:  Oct 19, 2020 4:22 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berharap mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Muafakat Nasional (MN) minggu ini dapat memberi fokus kepada tiga isu utama untuk kepentingan rakyat.

Tiga isu yang dirujuk Annuar adalah wabak Covid-19, soal ekonomi serta persiapan bagi menghadapi PRU15 nanti.

"Adalah bermanfaat sekali kiranya mesyuarat MN dan MT (Umno) nanti dapat tumpu pada perkara berikut.

"Satu, bagaimana 22,000 cawangan umno dapat dikerah untuk menggerakkan pemerkasaan komuniti (untuk) memerangi Covid-19.

"Isu kedua, soal kritikal ekonomi terutama yang menyentuh kebajikan rakyat dan ketiga, persiapan PRU15," katanya di Twitter hari ini.

Mesyuarat MN dijadual berlangsung malam ini di ibu negara yang bakal dipengerusi dua timbalan presiden parti iaitu PAS dan Umno.

Mesyuarat MT pula dijangka esok. Ia akan diadakan di Pahang namun lokasinya tidak diketahui.

Kedua-duanya menjadi perhatian kerana dijangka akan menjadi penentu kepada kelangsungan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan.

Pada 13 Okt lalu, biro politik MT Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan PN. Parti itu memberi syarat baru kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik.

Tiga hari kemudian, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan meminta Umno memperincikan syarat baru tersebut dalam surat yang dihantar melalui Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.

Lihat Komen
ADS