Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Noor Hisham gesa kerjasama lebih baik antara negeri, persekutuan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menggesa kerjasama lebih baik antara persekutuan dan negeri dalam melawan Covid-19.

Gesaan itu di tengah-tengah pergeseran terbuka antara Pasukan petugas Covid-19 Selangor (STFC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung isu koordinasi dan perkongsian data.

Mutakhir ini, Selangor menjadi negeri dengan kes harian kedua tertinggi selepas Sabah. Setakat 12 tengah hari ini, 132 daripada 860 kes penularan tempatan adalah di negeri itu.

Ditanya jika KKM mengalu-alukan usaha kerajaan Selangor membuat inisiatif ujian bersasar sendiri, Noor Hisham tidak menjawabnya secara terus.

Dia sebaliknya menggesa kerjasama yang lebih baik dan menegaskan soal kesihatan awam adalah di bawah tanggungjawab persekutuan.

"Kita ingin melihat pihak negeri bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan negeri (di bawah persekutuan). Bekerja dengan Pejabat Kesihatan negeri kita dan lihat bagaimana kita mengatur kegiatan, berbanding bekerja dalam silo (secara sendirian dan terpisah).

"Saya pasti Pejabat Kesihatan negeri gembira untuk bekerjasama dan berkoloborasi dengan pentadbiran negeri untuk melihat bagaimana kita dapat menyelesaikan isu ini.

"Tetapi kesihatan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan ia di bawah KKM," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Semalam, STFC memberitahu Malaysiakini bahawa usahanya mengekang Covid-19 teruk terjejas selepas KKM tidak lagi mengongsikan data granular sejak awal Oktober.

Mengulas perkara itu semalam, Noor Hisham berkata ia tidak memenuhi permintaan untuk mendapatkan "data mentah" untuk mengelak tafsiran data yang bertentangan.

Bagi menyeragamkan analisis data, dia berkata data kes Covid-19 lazimnya disalurkan dari negeri kepada kementerian. Data yang telah dianalisis kemudian diberikan kepada jabatan peringkat negeri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS