Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Surat
SURAT | Doktor Hospital Sg Buloh: 'Tolong layan kami dengan manusiawi'

SURAT |  Sebagaimana yang dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sistem penjagaan kesihatan kita berada pada 'tahap genting' (breaking point). Izinkan saya memberitahu - ia sudah melampaui paras itu.

Siapapun pekerja penjagaan kesihatan di negara ini tahu bahawa sebelum wabak Covid-19 bermula lagi, sistem perubatan kita berada pada 'tahap genting' dengan pemotongan peruntukan, kekurangan tenaga kerja, kesesakan dan juga kekurangan kemas kini kemudahan.

Pekerja penjagaan kesihatan mempunyai sinonim baru - petugas barisan depan yang bertempur dengan wabak yang membinasakan ini.

Tetapi menjadi tidak masuk akal di hospital saya (Hospital Sungai Buloh) yang juga dikenali sebagai hospital Covid-19 Malaysia. 

Sejak semua ini bermula, kami terdedah dengan persekitaran yang tinggi risiko jangkitannya dan berurusan dengan makhluk perang yang tidak diketahui. 

Di Malaysia, sebanyak 2 peratus kes Covid-19 terdiri daripada pekerja kesihatan.

Saya seorang doktor yang bekerja di hospital ini dan saya boleh katakan bahawa kemudahan asas yang sepatutnya diberikan untuk kami tidak disediakan. 

Kadang-kadang kami melakukan syif kerja on-call setiap hari (EOD) dalam menangani dan menguruskan pesakit Covid-19 serta terus bekerja selepas syif panggilan bertugas itu sehingga jam 5 petang.

Saya faham bahawa ini tugas kami dan saya berterima kasih untuknya. 

Mereka (pengurusan) sepatutnya memberi kami bilik syif on-call, memberi kami makanan syif on-call, memberi kami tempat yang sesuai, sekurang-kurangnya buat kami melepaskan lelah dan berehat sebelum meneruskan pertempuran tetapi semua ini telah diambil atau diberitahu tidak tersedia buat masa ini.

Mereka berkata terdapat pemotongan peruntukan hospital sehingga mereka tidak dapat menyediakan makanan syif on-call. 

Adakah anda tahu betapa penat dan letihnya tugas syif kami ditambah dengan memakai PPE di tengah-tengah semua ini?

Bagaimanapun, ketika kami ingin berehat, tidak ada tempat untuk berehat dan yang paling buruk, kami tidak dapat makan dengan betul.

Kami telah membawa isu-isu ini kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi (bahkan pengarah hospital) tetapi saya rasa isu-isu yang kami sampaikan itu tidak mendapat perhatian wajar.

Kemurungan, ambil ubat anti-depresen

Beberapa doktor kanan malah berkata 'keadaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini memerlukan tindakan yang belum pernah dibuat juga' (unprecedented times call for unprecedented actions).

Malahan ada doktor kanan mengatakan kami terlalu dimanjakan (baik, ketika kamu dahulu tidak ada wabak sebegini untuk ditangani).

Sebilangan besar doktor juga merasa terganggu. Beberapa rakan saya mengalami kemurungan dan mula mengambil ubat anti-depresan.

Sebilangan daripada kami bahkan tidak pernah bertemu atau mengunjungi keluarga atau orang tersayang selama berbulan-bulan. 

Kami penat, letih, kesal dan sudah jauh melepasi 'tahap genting'.

Lebih-lebih lagi, kami sangat merindui keluarga kami dan adakah ini cara kamu melayan kami? 

Dengan peningkatan kes baru, kami jangkakan perkara yang paling buruk masih akan berlaku.

Kami tidak mahu pengiktirafan seperti lukisan mural di dinding atau pertunjukan cahaya di jambatan.

Kami meminta sekurang-kurangnya memberikan kami persekitaran yang selesa untuk bertugas dan melayan kami seperti manusia yang terus bekerja selama berjam-jam.

Tolong, adakah seseorang akan membantu kami di sini?


Surat ini terjemahan secara bebas dan asalnya terbit di sini, di portal Malaysiasiakini.com (versi Inggeris).

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pndirian rasmi Malaysiakini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS