Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Annuar Musa dituduh ingkar SOP lagi
Diterbitkan:  Feb 13, 2021 11:22 PM
Dikemaskini: 11:23 PM

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dilemparkan satu lagi tuduhan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Ini selepas gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tersebar dalam talian.

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis program pertanian bandar bertarikh hari ini digantung di belakang menteri.

Berdasarkan SOP semasa, makan bersama dibenarkan, tetapi terhad kepada dua orang bagi setiap meja.

Pada hantaran di media sosial, yang dipercayai merujuk kepada kejadian itu, Annuar berkata dia cuma duduk sebentar sebelum bergegas pergi.

"Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut SOP.

"Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah, tetapi perlu ikut SOP. Saya pohon maaf, diharap tiada yang tersinggung," katanya melalui Facebook.

Foto-foto lawatannya ke ladang bandar dilampirkan pada hantaran itu tetapi bukan gambarnya duduk di meja makan.

Malaysiakini telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan maklum balasnya.

Sebelum ini, Annuar dituduh ingkar SOP yang melarang berjoging lebih dua orang dari rumah yang sama.

Ini selepas tersebar gambarnya berjalan dalam kumpulan secara bertiga ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Annuar kemudian mendakwa bahawa ketiga-tiganya telah berjalan di jalan yang berbeza, dan saling bertembung secara kebetulan.

Menteri itu menafikan dirinya melanggar SOP ketika bersenam.

“Ketiga tiga berjalan berasingan dari rumah mereka. Laluan berlainan, kebetulan bertemu,” katanya kepada Malaysiakini pada 29 Jan lalu.

 

Lihat Komen
ADS