Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Najib Razak menampilkan perbicarannya yang belum selesai di mahkamah Amerika Syarikat dalam usha untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion yang sedang berlangsung di Malaysia.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penangguhan oleh pasukan pembelaan bekas erdana menteri itu semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini.

Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan tertangguh di mahkamah persekutuan di Manhattan, di mana tertuduh meminta dokumen dan keterangan dari Goldman Sachs Group Inc untuk membela diri dalam kes rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion.

Dalam pemfailannnya di Mahkamah AS pada 17 November tahun lalu, Najib memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan sepina ke atas syarikat itu dan bekas pengarahnya di Asia Tenggara, Tim Leissner.

Sebelum ini, Leissner telah mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York. Dia mengaku memberi rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu untuk mendapatkan perjanjian bon untuk bank tersebut.

Semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion pagi ini, Shafee berkata, pasukan pembelaan memohon penangguhan perbicaraan (yang ditetapkan hari ini hingga Khamis ini) kerana hasil keputusan Mahkamah AS boleh memberi kesan besar terhadap perbicaraan sekarang.

Shafee berpendapat demikian kerana pengakuan bersalah Leisner yang melibatkan pegawai Malaysia akan mempengaruhi pemeriksaan balas saksi pembelaan dalam perbicaraan sekarang.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Shafee sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sedang memohon bagi mendapatkan nama pegawai-pegawai 1MDB yang didakwa menerima rasuah daripada Goldman Sachs Group Inc dan bekas pengarahnya Tim Leissner.

"Dalam prosiding di mahkamah AS, yang menyaksikan Leissner dan Goldman Sachs mengaku bersalah, Leissner berkata dan mengakui kenyataan bahawa beliau telah membayar rasuah kepada beberapa pegawai dalam 1MDB.

"Mereka mengaku perbuatan rasuah, dan sehubungan itu kami menfail permohonan penemuan, dan meminta supaya Leissner dan Goldman Sachs mendedahkan nama-nama mereka yang menerima rasuah,” katanya dan menambah bahawa permohonan yang dibuat selaras dengan United States Code (USC) itu difail pada 17 Nov lepas.

Muhammad Shafee berkata pendedahan nama-nama mereka, adalah relevan dengan kes pembelaan, bagi menunjukkan bahawa saks-saksi tidak mempunyai kredibiliti, malah mereka sebenarnya adalan instrumen bagi ahli perniagaan yang sedang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low.

"Pihak pembelaan juga boleh menunjukkan bahawa Jho Low, Leissner dan Goldman Sachs telah bekerjasama untuk masuk serta merosakkan 1MDB, dan menggunakan wang daripada syarikat itu untuk pelbagai kegunaan.

"Selepas mendapat dokumen-dokumen yang berkaitan menerusi permohonan itu, kami juga bercadang untuk memanggil semula beberapa saksi, termasuk ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri untuk pemeriksaan balas,” katanya.

"Ini (penemuan) amat relevan kerana saya telah bertanya kepada Shahrol Azral mengapa dia hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan Jho Low.

"Begitu juga, kita akan mendapati agak mengejutkan pendedahan yang dibuat oleh Mohd Hazem Abd Rahman (saksi semasa pihak pendakwaan), kerana dia beritahu bahawa arahan-arahan Jho Low perlu dipatuhi,” tambahnya.

Beliau berkata semua ini akan menjawab sama ada semua karekter berkenaan telah menerima pembayaran haram, yang merupakan perkara yang didedahkan dalam prosiding Leissner and Goldman Sachs di Amerika Syarikat.

Muhammad Shafee turut memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan 1MDB kerana pihak pembelaan amat memerlukan masa untuk bersiap sedia dalam pendengaran rayuan Najib berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan.

"Kami perlu menghantar hujah bertulis menjelang 1 Mac ini,” kata Muhammad Shafee.

Sementara itu timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan mengambil berat soal perbicaraan yang seharusnya diteruskan dan tidak akan campur tangan dalam permohonan di Amerika Syarikat, kerana mereka bukan pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Bagaimanapun memandangkan permohonan di Amerika Syarikat amat penting bagi pihak pembelaan, kami serahkan kepada pihak mahkamah nutuk memutuskan sekiranya perbicaraan perlu diteruskan atau dutangguhkan,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah kemudiannya menolak permohonan penangguhan, namun menetapkan satu tarikh perbicaraan pada bulan April ini.

"Pihak pembelaan boleh memangil semula mana-mana saksi pendakwaan untuk disoal semula sekiranya ada keperluan, atau sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan perkara itu di mahkamah Amerika Syarikat. Saya bersimpati dengan situasi anda, tapi kita perlu meneruskan perbicaraaan kes rasuah 1MDB ini,” kata hakim berkenaan.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan balas saksi ke-10 pihak pendakwaan Mohd Hazem oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Najib, 67, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan panggubahan wang haram melibatkan junmlah yang sama.

Perbicaraan diteruskan.

Lihat Komen
ADS