Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Lima, enam orang MP beralih pun PN belum ada majoriti

Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa, walaupun ada beberapa ahli parlimen PKR kini memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin itu masih belum memiliki majoriti di parlimen.

Katanya dia yakin kerajaan PN belum mendapat sokongan 110 ahli parlimen seperti disangka sesetengah pihak.

Malah kata ahli parlimen Port Dickson itu jika PN berjaya menarik lima atau enam orang ahli parlimen pembangkang pun mereka masih belum mendapat dukungan majoriti.

“Saya nak jelaskan di sini, dengan tarik lima ke enam orang ke PN, dia (kerajaan) belum lagi dapat majoriti 110 ahli parlimen.

“Ini saya pasti dengan kenyataan yang jelas," katanya pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.

Pada 13 Mac lalu, Anggota Parlimen Kuala Langat Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan keluar PKR untuk menjadi penyokong PN.

Ia berlaku selepas dua ahli parlimen lain dari PKR - Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) - mengambil langkah sama sebelum itu.

Ditanya berhubung kenyataannya mengenai majoriti "kukuh dan meyakinkan" dan menyakinkan sebelum ini, Anwar menegaskan dia masih mempunyai jumlah sokongan ahli parlimen yang jitu.

“Matematik yang mudah - PN dakwa ada 111 atau 112 (ahli parlimen yang menyokong).

"Sekiranya kita mengambil sebahagian daripada yang telah menyatakan sokongan (kepada saya), mereka secara teknikal tinggal 100 (orang).

“Ini tak termasuk 13 dari Warisan, Pejuang, Muda (dan) yang lain [...] Apa yang membuat kamu fikir mereka mengambil tiga, mereka boleh memiliki majoriti?” katanya.

Pada 23 Sept lalu, Anwar mengumumkan bahawa pembangkang mempunyai sokongan majoriti daripada ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. 

Tambahnya, majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Lihat Komen
ADS