mk-logo
Berita
Media sosial heboh lepas Tunku Azizah nyah aktif Instagram
Diterbitkan:  Apr 19, 2021 2:41 PM
Dikemaskini: Apr 20, 2021 12:18 AM

Pengguna media sosial di Malaysia terkejut setelah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Instagramnya.

Setakat laporan ini ditulis, tanda pagar #DengkiKe sohor di Twitter di Malaysia dengan 9,269 tweet setakat ini.

Tanda pagar itu merujuk kepada komen Raja Permaisuri Agong di akaun Instagramnya, tidak lama sebelum akaun @airtangan_tunkuazizah dinyahaktifkan.

Tangkap layar komen yang dikongsi secara meluas itu disertakan keterangan tentang aktiviti petang Tunku Azizah di dapur bersama cef istana.

Seorang pengguna media sosial kemudian bertanya adakah tukang masak istana telah divaksin, yang kemudian dikatakan dijawab Tunku Azizah dengan "Dengki ke?".

Mengulas tangkap layar itu, beberapa pengguna media sosial mengkritik komen yang didakwa ditulis oleh Tunku Azizah.

Sejak petang tadi, pautan ke akaun Instagram berkenaan tidak dapat dibuka.

Perkembangan ini hadir selepas laporan Asia Sentinel yang mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperoleh lebih 2,000 dos vaksin Sinopharm Covid-19 dari Putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernama "Mohamed Nayan" untuk rakan dan keluarganya.

Vaksin ini belum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk digunakan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, serta  menuduh Asia Sentinel cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia.

[Baca berita asal]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini