mk-logo
Berita
Kit Siang gesa enam bekas ketua polis negara bersuara
Diterbitkan:  May 4, 2021 1:41 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang menggesa enam bekas ketua polis negara (IGP) yang masih hidup mengesahkan sama ada terdapat campur tangan politik dalam pelantikan ketua polis negeri.

Gesaan itu dibuat terhadap Abdul Rahim Mohd Noor (1994-99), Norian Mai (1999-2003), Musa Hassan (2006-10), Ismail Omar (2010-13), Khalid Abu Bakar (2013-17) dan Mohd Fuzi Harun (2017-19).

Hanif Omar, IGP yang paling lama berkhidmat, kata Lim, telah bersuara bahawa sepanjang 20 tahun perkhidmatannya bersama tiga menteri perkara itu tidak berlaku.

Jumaat lepas, dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara, Hamid Bador menghentam keras dakwaan campur tangan politik Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Dia juga menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menentukan pelantikan pegawai polis tidak lagi dipengerusikan oleh menteri, sebaliknya bekas ketua hakim negara untuk memastikan kebebasan badan itu.

Sementara itu, Lim juga menggesa sembilan mantan menteri dalam negeri yang masih hidup bersuara sama ada sebagai ketua SPP, mereka pernah mengganggu pelantikan ketua polis negeri atau menyerahkannya kepada budi bicara IGP.

Menteri-menteri itu ialah Musa Hitam (1981-86), Dr Mahathir Mohamad (1986-99), Abdullah Badawi (1999-2004), Azmi Khalid (2004-06), Mohd Radzi Sheikh Mohd (2006-08), Syed Hamid Albar (2008-09), Hishamuddin Hussein (2009-13), Ahmad Zahid Hamidi (2013-18) dan Muhyiddin Yassin (2018-20).

Lihat Komen
ADS