Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rekod baru 6,075 kes, kematian terkumpul lebih 2,000 orang
Diterbitkan:  May 19, 2021 3:06 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dengan 6,075 kes baru.

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes, diikuti Sabah (160 kes) dan Johor (699).

Hampir separuh kes baru (48 peratus) direkodkan di Lembah Klang.

Bagaimanapun kebanyakan negeri dan wilayah melaporkan angka kes tiga angka.

Sebelum ini, rekod kes harian tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu dengan 5,728.

Berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 18 Mei (semalam), tiada lagi zon hijau di semenanjung.

Sementara itu, sebanyak 46 kematian baru direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 2,040 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak keluar rumah jika tiada urusan penting dan patuh pada prosedur operasi piawai (SOP) jika terpaksa berbuat demikian.

“Kita tidak mahu berakhir dengan hanya dua pilihan, memilih siapa yang harus hidup atau sebaliknya,” katanya.

 Pecahan negeri:

Selangor: 2,251 kes
Sabah: 160 kes
Johor: 699 kes
KL: 660 kes
Sarawak: 323 kes
Pulau Pinang: 183 kes
Negeri Sembilan: 189 kes
Kelantan: 441 kes
Perak: 220 kes
Kedah: 445 kes
Melaka: 122 kes
Pahang: 150 kes
Terengganu: 203 kes
Labuan: 14 kes
Putrajaya: 9 kes
Perlis: 6 kes

Lihat Komen
ADS